Artis / Selebriti
” Kami ingin menukar status daripada rakan sekerja menjadi rakan serumah.. ” – Fattah Amin
Video Fattah Amin dan Amira Othman buat kejutan umum tarikh pernikahan mereka buat ramai teruja. Wah dah tak lama dah, pandai betul sorok rahsia. Sedar-sedar dah nak kahwin dah, majlis pada tarikh special Fattah rupa-rupanya..
Hubungan cinta Fattah Amin dan rakan sekerjanya, Amira Othman heboh diperkatakan sejak beberapa bulan yang lalu. Sering kali bekerja bersama, keakraban pasangan ini dan keserasian antara mereka semakin terserlah dan ianya membuatkan peminat mendoakan agar Fattah dan Amira berjodohan.
Sebelum ini juga tular satu berita yang mengatakan Fattah telah pun menempah dewan untuk majlis pernikahannya bersama Amira, namun berita itu tidak mendapat sebarang pengesahan daripada pihak Fattah mahupun Amira. Pasangan ini lebih selesa mengunci mulut dan menyifatkan mereka masih rakan sekerja.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Media Hiburan Official, telah dikongsikan video yang memaparkan pelancaran lagu terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris. Fattah yang turut hadir memberikan satu kejutan untuk semua apabila memaklumkan yang dirinya dan Mira bakal bertukar status daripada rakan sekerja kepada rakan serumah.

Berita ini semestinya menggembirakan ramai kerana akhirnya teka teki mengenai hubungan mereka terjawab. Fattah juga memaklumkan tarikh pernikahan mereka yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Kata Fattah dia menyukai Amira kerana Amira seorang yang beradab. Manakala bagi Amira pula, Fattah seorang lelaki yang baik. Pada majlis itu juga, Fattah memegang satu replika kunci berwarna merah sebagai simbolik kunci rumahnya bersama Amira.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Thn lps ex failkan cerai few days sblm bday.. thn ni smbt bday dgn hr bahagia sekaligus. moga dipermudahkan segala urusan.. alhamdulillah thn ni dia smbt hr bahagia.. “
” Paling meletops kali ni perkahwinan yg ditunggu2 netizon.. Jarang nk drop comment, tp 1 nk ckp, Amira ni x nmpk menggeletis & tenang shj orgnya.. “
” Ya allah aq nk melompat ke cm ne nihhhh.. tahniah3.. Alhamdulillah tahniah.. patutlah abg long ceria sangat live hari tu.. Makcik is happy for both of you.. “
” Aku pulak yg senyum2.. alhamdulillah.. semoga majlis berjalan lancar.. dipermudahkan semua urusan.. bahagia hingga jannah.. Alolo comel alhamdulillah bertemu jodoh.. “
” Finally yg kita nanti2 kan sampai jua Alhamdulillah semoga di mudahkan segala urusan di lancarkan dan semoga jodoh hingga ke Jannah Aamiin.. Till jannah buat Fattah and Amira.. “
” Sempena pernikahan mereka go live saya nak kene apply cuti lah nak tengok siaran langsung akad Fattah dan Amira. Ya Allah happyyy nyeeeeeee, Termakbul doaaaa.. “
” Hebat jodoh Allah pasti tidak salah alamat untuk orang yang hargai dan terima cinta kita seadanya. Tahniah bro FA & AO.. Bagai pinang dbelah dua.. Alhamdulillah taniahhhhh.. “
Rupa-rupanya tarikh 14 September merupakan hari lahir Fattah. Majlis pernikahan yang bakal menjadi tumpuan ramai yang tidak sabar untuk melihat Fattah dan Amira di atas pelamin. Semoga segala perancangan untuk bersatu sebagai suami isteri berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah. Tahniah Fattah dan Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Fattah Amin, IG Aqoimran
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

