Artis / Selebriti
” Kalau kau ada anak perempuan, kau suka tak orang pegang anak kau.. “- Dato’ Aliff Syukri
Video Datin Shahida jelaskan mengenai video viral Qadejah memarahi Raudhah baru-baru ini. Oh itu rupa-rupanya punca, ada kisah di sebaliknya. Sampai Dato’ Aliff pun mengamuk sakan, memang patut Dato’ mengamuk..
Pada minggu lalu, Datin Shahida ada berkongsikan satu video yang menunjukkan anak keduanya, Qadejah El-Zahra memarahi adiknya, Raudhah Arshiyah gara-gara tidak menjaga batas pergaulan dengan orang di sekeliling yang berlainan jantina. Video itu mendapat pujian daripada warganet kerana Qadejah pandai menasihati adik-adiknya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dherbs_hq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penjelasan daripada Datin Shahida sendiri mengenai isu tersebut. Kata Datin Shahida, di sebalik video Qadejah itu ada satu kejadian lain yang menjadi punca meletusnya kemarahan Dato’ Aliff Syukri.
Sambung Datin Shahida, ianya adalah kerana Raudhah. Datin Shahida dan Qadejah sudah berulang kali melarang Raudhah supaya tidak bergurau mesra dan bersentuhan dengan PA Dato’ Aliff. Sebagai anak perempuan, ianya bukan kelakuan yang elok walaupun Raudhah masih kecil.

Jelas Datin Shahida, Raudhah merasakan itu perkara biasa kerana melihat Baem dan Yusoff bergurau senda bersama PA Dato’ Aliff. Datin Shahida menegaskan, bab pergaulan antara lelaki dan perempuan itu paling ditekankan olehnya dan Dato’ Aliff.
Jom tonton video di bawah :
@dherbs_hq Zaman sekarang ni bahaya kalau kita tak kawal anak kita dari kecik . Lain orang lain cara mereka mendidik anak anak. Cuba korang komen cara korang kawal anak anak dizaman kini @Nur Shahida Mohd Rashid @Aliff Syukri Kamarzaman #dherbs #mamalatis
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amayan & cess je dh bukti kan yg dato & datin ni hebat bab parenting. Aku setuju dengan Datin ni sangat. Safety awareness kena bermula dr rumah dan didikan.. “
” Jalan terus Datin. Saya yang bapa saudara ni pun saya didik anak buah saya ‘social gap’ dan sentuhan2 yang tak perlu ni. Saya selalu ingatkan dia, pakngah pun tak boleh, orang lain lagi la tak boleh.. “
” Kesian Datin, dia terpaksa explain walaupun benda dia buat betul. padahal Khadijah dh betul dh marah Raudhah tu. anak saudara dgn bapa saudara tak sedarah pun takleh sentuh, sepupu pun takleh sentuh.. “
” This is baru real influencer. Datin boleh influence orang kearah kebaikan. Bagusnya dato ni..gedik2 dia pon dia jaga sangat bab ni..
” As a mom of 2 daughers mmg faham sgt perasaan ni.. sebab tu mng susah nak tinggal anak kat mana mana sebab mmg tak percaya dekat sesiapa.. “
” Alhamdulillah terbaik..didikan yang sangat bagus.. Patutleh anak2 hebat.. ibu bapa yg hebat.. Dia jaga anak dia mcm Princess.. tu sebaiknya sbgai ibubapa yg mngharapkan ank solehah. Alhamdulillah.. “
” Bagusnyeee didik anak macam ni.. bagus cess ni seorang kakak yg selalu behave dgn adik2 dia.. didikan papa & mama..dari kecik lh kena didik & bertegas ttg batas pergaulan.. “
Didikan dan asuhan Dato’ Aliff dan Datin Shahida terhadap anak-anak perempuannya memang terbaik dan wajar dipuji. Walaupun ianya kelihatan biasa untuk budak kecil, namun impaknya boleh menjadi besar sekiranya tidak dicegah dari awal. Semoga perkongsian oleh Datin Shahida ini boleh menjadi inspirasi untuk semua ibu bapa di luar sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dherbs_hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

