Artis / Selebriti
” Isteri i terlalu baik. Apa yang i boleh cakap isteri i terlalu perfect.. ” – Dato’ Aliff Syukri
Video Dato’ Seri Aliff Syukri bercerita mengenai keperibadian isterinya, Datin Shahida sepanjang perkahwinan mereka buat ramai yang tersentuh. Susah nak jumpa suami yang muliakan isterinya macam ni..
Meninjau di akaun Instagram milik buatsajapodcast, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri Kamarzaman menjadi tetamu jemputan dalam rancangan tersebut. Menerusi perkongsian itu, Dato’ Aliff berkongsi cerita menarik mengenai kehidupan rumahtangganya bersama isterinya, Datin Shahida Mohd Rashid.
Menerusi perbualan tersebut, Dato’ Aliff secara terbuka memuji keperibadian Datin Shahida yang disifatkannya sebagai seorang isteri yang sangat baik dan sempurna di matanya. Malah, Dato’ Aliff juga mengakui bahawa isterinya banyak memainkan peranan penting dalam menguruskan kehidupan dan keluarga mereka.
Menurut Dato’ Aliff lagi, dia sendiri tidak kisah sekiranya Datin Shahida mengawal dirinya dalam beberapa perkara. Katanya, dia sedar akan sikap dirinya sendiri dan percaya isterinya melakukan perkara tersebut demi kebaikan keluarga mereka.

Selain itu, Dato’ Aliff turut berkongsi bahawa sepanjang perkahwinan mereka, dia pernah menguji isterinya dalam beberapa situasi. Namun begitu, setiap ujian yang diberikan itu berjaya dihadapi oleh Datin Shahida dengan penuh kesabaran dan kematangan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” TabarakAllah.. MashaAllah.. Ya Allah susah nk jumpa suami muliakan isterinyaa cmni bangga dgn isterinya.. “
” Sbb tu dia berdua berjodoh.. Mmg saling melengkapi.. Ni yg duk berangan nak laki kaya tapi diri sendiri tak setanding pemikiran dan karakter laki kaya mcmana tu.. Allah dh tentukan jodoh masing2.. “
” Dia kaya bro… Nak bini 18 org pon dia bley bg ckop segala… Tapi dia ttp dgn 1 je.. Kenapa.. Sebab dia tau lg 17 org tu blom tentu boleh jadi macam yg 1 nie.. “
” Patutla hidup dia berkat, ank2 pun bijak and soleh solehah n sopan santun.. Alhamdulillah Datuk.. Semoga bahagia hingga ke Jannahtul FirdausNYA. Aamiin3 YRA.. “
” Alhamdulillah.. Dato puji datin, diblkg suami ada isteri yg menjadi tulang blkg utk dato.. Rasa kagum sangat dengar.. “
” Sebab tu Allah bagi DAS kaya raya. This is the secret.. Smg rumah tangga DAS dan Datin Shahida bhgia hgga ke jannah.. Amin.. “
” MasyaAllah.. ikhlas dia puji istri dia.. Terbaik Datuk.. Alhamdulillah syukur isteri yang humble tak menunjuk-nunjuk, tak riak .Tengok luaran memang baik, macam mana dia didik anak -anak nya.. “
Di akhir perkongsiannya, Dato’ Aliff mengakui bahawa dirinya tidak mungkin dapat mencari wanita yang lebih baik daripada Datin Shahida. Kata-kata tersebut turut membuatkan ramai tersentuh mendengar penghargaan yang diberikan oleh Dato’ Aliff terhadap isterinya. Apa-apa pun, didoakan semoga rumahtangga pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG buatsajapodcast, aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

