Artis / Selebriti
” Inikan namanya hanyalah ‘ Usrah Si Gadis ‘, salah mana pula ? ” – Ustaz Syed Abdul Kadir
Isu majlis Bachelorette Usrah Amira Othman jadi kecaman, ini penjelasan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre. Buka mata, buka minda. Jangan menghukum hanya kerana nama..
Kecoh di media sosial mengenai majlis Bachelorette Usrah Amira Othman yang dianjurkan oleh sahabat baiknya, Betty Rahmad. Ianya menjadi pertikaian sesetengah netizen dan mengecam kerana menggunakan perkataan Bachelorette Usrah. Namun ramai juga yang memuji majlis ini kerana ianya berbeza dan lebih ke arah keagamaan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre, telah dikongsikan satu penjelasan yang panjang lebar mengenai isu ini. Kata Ustaz Syed Kadir, jangan lah kita mengeluarkan hukum sendiri hanya kerana melihat satu gambar dan membuat kesimpulan yang tidak sepatutnya.
Umum mengetahui jika di negara luar, majlis sebegini diadakan untuk meraikan bakal pengantin yang akan mengakhiri zaman bujang dan kebiasaannya mereka berparti secara liar. Namun itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur dan pukul rata asal majlis Bachelor atau Bachelorette sahaja pasti benda buruk yang akan dikaitkan.

Sebagai orang muslim, perlu kita melihat isi kandungan majlis dan bukannya nama yang diberikan. Andai majlis hanya diisi dengan perkongsian ilmu dan selawat serta zikir, itu adalah perkara yang baik dan untuk apa mengecam sesuatu yang baik hanya kerana nama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mungkin ada yg pandang keji hina sbb ini amalan budaya lain… hey this bachelorette version halal… open up ur mind… benda boleh dihalalkn cuma tukar je la cara islam… why laa ramai hasad dengki.. “
” Pelik kenapa jadi isu.. bila baca bachelorette usrah dah tahu tu benda bagus.. selalu org buat bachelorette party tp yg ni usrah which is good. Tak faham kenapa ada yg mengecam.. “
” Bile amira share video ni hrtu saya cume jeles satu je.. bestnye dapat kumpul kawan dgn majlis ilmu dan semua menutup aurat dgn sempurna.. semoga apa yg baik2 kite dapat buat sama.. “
” Saya bila baca nama Bachelorette Usrah tiada isu pon… kerana ia membawa maksud seorang wanita yang belum berkahwin/single, dan Usrah tu pula pengisianya persediaan untuk memasuki rumah tangga yang bakal dibina. Yang kecam tu… pelik.. sebab Amirah tiada pulak buat joget2 or parti buih dan sebagainya. Ini berkaitan masalah hati sebenarnya. Tak suka AO, so semua dia buat jadi isu.. “
” Tak faham la ape yg mereka perjuangkan.. mgkn jenis yang baca title je kot ni tanpa tahu isi dalamnya.. bila sifat membenci lebih tinggi melebih akal dan iman, maka amarah menguasai diri.. “
” Yang penting bakal pengantin #SetulusTakdirFattahAmirah dapat doa² dari bumi mekkah + org² yang sedang tunaikan Umrah + alim ulama’ jugak mendoakan FattahAmirah , mudahan makbul .. semoga bachelorette usrah penuh pengisian ilmiah jadi ikutan bakal pengantin lain.. “
” Penjelasan ustaz dah mencukupi.. niat utk diadakan pun terbaik. hasilnya, alhamdulillah… semua dpt barakah & pelajaran. what more do we need.. “
” Hanya kerana ada tulisan inggeris bachelorette nak jd isu. Ditunggang. Lepas tu disokong pulak oleh pembenci. Perfect.. Semoga bachelorette usrah menjadi budaya meraikan bakal2 pengantjn di negara kita.. “
Isu yang sepatutnya tidak perlu menjadi kecaman hanya kerana namanya Bachelorette Usrah. Apa yang penting adalah pengisiannya yang membawa manfaat kepada bakal pengantin dan semua yang mengikuti. Semoga budaya ini boleh menjadi ikutan kepada bakal pengantin lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syedkadir, IG Betty Rahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Happy Birthday Ammar. Baru tahu umur Ammar, ingatkan muda lagi, hehe.. ” – Komen Netizen


