Artis / Selebriti
” I am so grateful to have officially turned 4 today. Thank you for your prayers always.. ” – Nur Fatima Aisya
Gambar-Gambar Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Bersama Kek Hari Lahirnya Yang Ke 4 Tahun. Wah Fatima Dah Ada Akaun Instagram Baru Lah. Comel Birthday Girl Ni !!
Tanggal 2 Oktober, pada hari ini genaplah usia anak perempuan pasangan selebriti terkenal, Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya yang ke 4 tahun. Sebelum ini Fazura turut menitipkan ucapan dan kata-kata istimewa buat Fatima di Instagram miliknya.
Malah bukan Fazura sahaja, Fattah juga tidak ketinggalan memuatnaik video kenangan bersama Fatima dan berkongsi ucapan buat anak kesayangannya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Fatima, Fazura berkongsi beberapa gambar Fatima bersama kek hari lahirnya. Untuk makluman, ini adalah akaun Instagram baru yang diwujudkan untuk Fatima.
Kelihatan kek hari lahir Fatima pada tahun ini adalah bertemakan kartun Unicorn dan ianya adalah antara kartun yang disukai oleh Fatima sendiri. Fatima kelihatan begitu teruja melihat kek hari lahirnya di samping belon-belon yang turut ada di sisinya.

Baru sahaja dimuatnaik beberapa jam, posting yang dimuatnaik di akaun Instagram terbaru Fatima ini menerima puluhan ribu tanda suka daripada warganet. Perkongsian ini turut dapat dilihat menerusi akaun Instagram milik Fazura juga.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya )
Mungkin pada tahun ini, sambutan ulangtahun Fatima tidak diraikan secara besar-besaran seperti sebelum ini seperti yang dimaklumkan di perkongsian di Instagram Fazura pagi tadi. Tidak mengapa Fatima, yang penting Fatima sentiasa happy di samping keluarga tersayang.

Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir buat kesayangan ramai, Nur Fatima Aisya yang ke 4 tahun. Semoga Fatima membesar dengan baik, menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fatima, Fattah dan juga Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurfatimaaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

