Artis / Selebriti
” Hilang taring daddy dengan Zara, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah Nur Izzara mengganggu daddynya, Dato’ Ramli MS ketika live buat ramai terhibur. Hanya Zara je berani buat Tok Ram macam tu. Terkedu Tok Ram dibuatnya, haha..
Kehadiran Nur Izzara dalam kehidupan pasangan selebriti, Datin Alyah dan juga suaminya, Dato’ Ramli menambahkan lagi kebahagiaan pasangan ini. Dibesarkan penuh kasih sayang sejak dilahirkan lagi, kini anak angkat pasangan ini membesar sebagai seorang anak yang sangat comel.
Bagi yang mengikuti Datin Alyah, pasti mengetahui Datin Alyah sering berkongsi perkembangan Zara. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Datin Alyah ada memuatnaik video Zara bersama Dato’ Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram.
Menerusi video itu, Tok Ram sedang membuat live di akaun TikTok untuk menjual paru goreng. Namun, telatah Zara mengganggu Tok Ram telah membuat ramai terhibur. Ketika Tok Ram sedang bercakap, tiba-tiba Zara menarik cermin mata Tok Ram.

Telatah spontan Zara itu membuatkan Tok Ram terkedu dan sempat Tok Ram menyakat Zara. Bukan itu sahaja, gelagat Zara ketika sedang minum air juga mencuit hati. Sehingga kini, video Zara bersama daddynya telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hilang taring daddy dengan Zara, haha.. Minum air ke berenang ni..” tu win lah mummy berdekah gelak aduyaiii keletah Zara gewam jerr mcm nk picit2.. “
” Cute.. Zara je berani buat camtu ya… Haha. Dengan Zara je daddy kalah tau, heehehe.. Makin besar, makin cerdik lah budak ni.. “
” Minum air ke berenang ni.. Bunyi nafas mcm baru lps kuak dada, hahaa.. Zara, Zara.. Tulah kelemahan lelaki…. Anak perempuan nya…. Terbaik dato ram.. “
” Hahahahahaah part pinjam telinga Nabil tu berdekah ye.. Menyempat lagi Tok Ram menyakat si Nabil.. Tak pernah lupa Nabil dalam ingatan dia.. “
” Faham pulak tu dia bila daddy pesan jgn cakap kuat2 hahahahaahhaa bagus lah.. Semoga jadi anak yang solehah ya sayang.. “
” Bapak garang macam mana pun, kalau anak girl dia buat dia marah.. Dia tak kan marah macam anak saya dan bapak dia.. “
” Zara,t ahu tak tu daddy awak tu Tok Ram.. Semua org takut… Zara tak takut ea, hehehehe.. Geram je tengok perangai dia.. “
Makin hari makin cerdik Zara, lihat sahajalah ketika Tok Ram menegurnya agar bercakap dengan nada yang perlahan, terus Zara tidak menjerit-jerit dan memahami teguran yang diberikan oleh daddynya. Apa-apa pun, semoga Zara membesar menjadi anak yang solehah buat Tok Ram dan Datin Alyah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81, TikTok alyah81official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

