Artis / Selebriti
” Handsome betul anak Mak Leha ni, ingatkan orang Arab mana tadi.. ” – Netizen
Video Terbaru Liza Abdullah Bersama Anak Lelakinya Curi Perhatian Warganet. Amboi Katanya Ramai Yang Cair Tengok Ketampanan Anak Mak Leha Ni. Tapi Memang Handsome Lah !!
Nama pelakaon Liza Abdullah memang dikenali ramai. Antara drama lakonan Liza yang menarik perhatian para penonton adalah 7 Hari Mencintaiku. Berjaya membawa watak sebagai Mak Leha, sehingga ke hari ini ramai yang tidak melupakan watak yang dipegang oleh Liza itu.
Terbaru meninjau ke akaun Instagram Liza, telah dikongsikan video yang memaparkan Liza bersama anak bujangnya. Menerusi video itu, anak Liza yang bernama Zulsyahmi Naqib sedang mempromosikan satu aplikasi untuk menonton pelbagai drama.
Namun begitu telatah Liza yang meminta Zulsyahmi untuk mempromosikan drama lakonannya juga dilihat mencuit hati. Bahkan bukan itu sahaja, Liza turut berseloroh meminta Zulsyahmi berkata dia pandai berlakon. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai mengatakan anak bujang Liza kelihatan kacak kerana wajahnya seperti orang dari negara Arab dan menyakat mahu menjadi menantu Liza jika anaknya ini masih single. Sehingga kini, video itu menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video Liza bersama anaknya dan memuji ketampanan Naqib. Antara komen-komen menarik adalah :
” Handsome betul anak Mak Leha ni, ingatkan orang Arab mana tadi.. Herlokk betul lah tengok.. Hehehe single lagi tak.. “
” Encem lah anak Kak Liza.. Kalau jd artis, nak sokong.. eh hahahaha.. Mesti ramai peminat kalau jadi hero drama. hehe.. “
” Segak aihh mak dgn anak.. Hidung mancung sungguh.. Akk Liza kalau berlakon mmg the best.. Btw muka ank bujng ni ada iras PU Riz lah.. “
” Masha Allah..Handsome nye hero Sis.. Berkenan lah tengok.. Selamat Menunaikan ibadah puasa sis Liza Abdullah.. “
” Hahahhaha kak Liza ni tau.. Siapa lagi nk puji, kalau bukan anak kan kak Liza, hahaha.. Comel tengok perangai Kak Liza.. “
” To much ek ibu, hahahahahaa.. Sempat lagi suruh anak promot.. Handsome ter0k ar anak bujang Kak Liza, nk jadi calon menantu boleh, hehe.. “
” Henseemmmnyaa anak dia… Ehh terlupa yang emaknya bidadari syurga. Patut lerr ensem.. Hi ibu mertuaaaaa selamat berpuase, hehe.. “
Wah ramai sungguh peminat yang ‘cair’ melihat ketampanan anak bujang Liza ini. Untuk sekadar info, selain Zulsyahmi Naqib, Liza juga mempunyai dua lagi anak lelaki iaitu Zulhaffiz Zarriq, Zulsyahmi Afif dan seorang anak perempuan bernama Nurwafiez Syahiddah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tontonmy, lizza_abdullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera



