Artis / Selebriti
” Haa kantoi, terkejut terus Bell dengar Mira cakap macam tu.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman tersasul ketika live memberitahu kegemaran Fattah Amin buat Bell Ngasri tergamam. Eh mana Amira tahu ni. Sakan Bell menyakat, malu-malu Fattah dan Amira dibuatnya, hehe..
Pelbagai kejadian mencuit hati berlaku sepanjang live Fattah Amin, Bell Ngasri dan Amira Othman semalam. Trio ini digandingkan buat kali pertama untuk mempromosikan barangan Rissa Skin. Fattah dan Amira dikenali dengan perwatakan yang sopan, Bell pula kuat mengusik, memang riuh-rendah jadinya.
Meninjau entry di akaun Tiktok Cik Dolly, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan gelagat Amira yang tersasul bercerita mengenai perangai Fattah. Sambil live dan menerangkan kebaikan produk yang mereka jual, Fattah, Bell dan Amira turut menikmati keenakan minuman kesihatan itu.
Amira membantu untuk membancuhkan air untuk Bell dan Fattah dan satu rahsia Amira dan Fattah terkeluar. Bell membuat demonstrasi mencicah biskut bersama air tersebut. Amira tersasul menyebut Fattah suka cicah biskut dan ianya membuatkan Bell terkejut.
Fattah sendiri tersenyum malu apabila Bell menyoal Amira bagaimana Amira tahu itu kegemaran Fattah. Pandai Amira membetulkan keadaan, namun Bell lagi pandai memanaskan keadaan. Kata Bell, itu semua mungkin hint hubungan Fattah dan Amira.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cik.dotty Live Fattah Amin, Bell Ngasri & Amiraa Othman PT1 for @rissaskin_hq now at TT Fattah Amin #fattahamin #amiraothman #bellngasri #rissaskin #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾 #videoviral #masukberanda #trending #artismalaysia #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp
@who.is.fairy_ Kak long dengan abang long dua dua jenis suka terlepas cakap on live, yang sorang jenis suka kantoikan 🤣🤣 Memang pecah perut gabungan 3 orang ni 🤣🤣 #fattahamin #amiraothman #fypシ゚ #fyp #foryou #foryoupage #bellngasri
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haa kantoi .. amira tengok dekat mana fattah cicah air dengan biskut??? live yang mana ekk, haha.. “
” Makin lama live makin bocor rahsia dorang haha.. weh first time tengok mira gelak lepas macam tuu.. “
” Fattah suka cicah biskut, terkejut terus Bell dengar Mira cakap mcam tu. Tapi pandai pulak Mira konar haha.. aku tersenyum macam kambing dah kenapa.. “
” Aku suka abang bell sangat cepat tangkap bila yang kantoi-kantoi ni siap dengan muka-muka dia buat.. “
” Haha kantoi Amira Othman ada stalk Fattah Amin.. fattah mmg suka cecah biskut, bermkna diorg mengenali yg dlm2 jgak ni, cuma diorg sorok2 la yg diorg ni tgh rapat kot.. “
” Part ni lawak giler… sempat lagi kak long pusing cite… ingat kite xskolah.. Banyak tersasul wehh… siot la bell.. suka bagi panas line.. semoga dipermudakan urusan mira dan fattah.. “
” Fattah blushing sampai ternganga mulut.. Benda tak terlepas mira, benda da cakap org semua da dengar hahahahahbaha pecah gelak aku.. “
Nampaknya banyak rahsia Amira dan Fattah yang tersasul keluar semasa live semalam. Bell pula pandai memancing perhatian Fattah dan Amira. Kalau live bersama sekali lagi, semakin seronok lah semua peminat yang menyukai Fattah dan Amira. Apa-apa pun, live yang sangat-sangat menghiburkan dan sama-sama kita mendoakan yang baik-baik okey.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cik Dotty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen