Artis / Selebriti
” Gebunya, comel macam Abang Bilal juga. Alhamdulillah.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Neelofa Bersama Haris Ismail Dan Anak Kedua Mereka Yang Baru Lahir Raih Perhatian Warganet. Wah Sipi-Sipi Pun Nampak Putih Gebu. Mesti Comel Macam Bilal Ni !!
Baru sahaja dikongsikan petang tadi oleh Neelofa dan Haris Ismail mengenai kelahiran cahayamata kedua mereka. Neelofa yang telah pun selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki 2 hari yang lepas. 11 Julai membuka lembaran baru buat pasangan ini dan membawa lebih kegembiraan.
Meninjau akaun Instagram kelab peminat Neelofa iaitu Lofa.redland_nlf, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Neelofa bersama Haris Ismail dan doktor yang menyambut kelahiran bayi Neelofa ini. Turut sama dalam gambar ini adalah anak kedua mereka.
Seperti Bilal, wajah bayinya ini juga ditutup dengan emoji. Neelofa dari awal sudah memaklumkan apabila sampai waktunya, dia dan Haris akan memperkenalkan anak mereka kepada umum. Tak sabar para peminat Neelofa khasnya untuk melihat wajah penuh adik Bilal ini.

Walaupun nampak sipi-sipi sahaja, terserlah kegebuan si kecil itu. Nampaknya adik Bilal juga bakal segebu abangnya juga. Putih mengikut kulit wajah ummi dan abah. Berbaki lebih kurang 5 hari sahaja lagi nama si kecil ini akan dimaklumkan.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masya Allah, gebunya. Comel macam Abang Bilal juga. Alhamdulillah syukur nikmat .. Tahniah lofa dan haris.. ”
” Tak nampak muka penuh, nampak sipi je. Masya Allah comel ni.. nampak putih betul tu kulit baby.. Sulaiman.. ”
” The best Doctor gynae, adiknya mungkin macam pak ustaz.. baby boy jugakk alhamdulillah.. tahniahh.. ”
Ada juga yang meneka nama bayi kedua Neelofa ini dengan nama Sulaiman. Selagi tidak dimaklumkan, bermain teka-teki lah semua nampaknya. Yang pasti, tentu nama yang dipilih oleh Neelofa dan Haris ini mempunyai maksud yang baik sama seperti Bilal.

Wajah adik Bilal tentu akan ada iras-iras dengan Bilal. Bila sampai waktunya, boleh lah semua menatap puas-puas wajah si kecil. Apa-apa pun, selamat berpantang buat Neelofa dan semoga proses berpantang berjalan dengan lancar. Sihat-sihat selalu si kecil yang gebu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lofa.redland_nlf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

