Connect with us

Artis / Selebriti

” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah mendedahkan apa yang ada dalam envelope putih yang diedarkan oleh YB Syed Saddiq di perlimen tempoh hari. Finally, terjawab teka teki semua. Tersenyum malu Bella menjawab.. 

Hari ini sepatutnya merupakan hari terakhir Bella Astillah sebagai penyampai radio di stesen Era FM. Masa yang ada digunakan oleh Radin, Pak Azad dan Nabil untuk mengusik adik kesayangan mereka ini. Sesi live Era juga meraih jutaan likes daripada pendengar pada pagi tadi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan sedutan live tersebut. Radin mengatakan Bella akan kekal di Era sebagai penyampai dan meminta untuk pendengar votes supaya Bella dikekalkan bersama team Era.

Bella juga diusik dengan isu envelope putih yang dikatakan diedarkan oleh YB Saddiq di parlimen. Sambil gelak ketawa, Radin mengusik Bella mengatakan dia sendiri merasa pelik ketika video tersebut viral kerana mereka di Era langsung tidak tahu menahu mengenai kad jemputan kahwin tersebut.

Bella tersenyum malu dan memberitahu kepada Radin isi sebenar envelope putih tersebut. Akhirnya teka-teki warganet terjawab kerana ramai terutamanya pencinta BASS yang ingin mengetahui apakah yang diberikan oleh YB Saddiq kepada ahli-ahli parlimen itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Memang tak sabar pun.. nak tengok Bella dengan YB Saddiq atas pelamin….. ya Allah permudahkan urusan mereka.. satukanlah mreka.. “

” Lawaklah diaorg ini.. semua tak sabar nak tgok Bella kahwin. masa itu akan dtg.. bak kata Yb.. sabar menanti .. doa yg baik2 in syaa Allah bahagia yg luar biasa sedang menanti.. “

” Kesian kt yb, macam2 andaian mereka ye, semoga yb berjaya dlm urusan.. Tetap mendoakan semoga sampul putih undangan akan menyusul.. “

” Netizen dah kemaruk sangat tunggu BASS kahwin hehe.. Dah agak pun. Selagi BASS belum buat pengumuman rasmi jgnlah percaya . Semua andaian2 aje.. “

” Akhir terjawab sudah sampul putih yg diedarkan Yb… in.syaa Allah sampai masa dan ketika cinta BASS pasti akan bersatu jua dgn ikatan yg sah.. aamiin.. “

” Finally bella sendiri gtau apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu.. kan betul yb edarkan envelope putih untuk minta bantuan muar.. “

” Orang cakap yb edarkan kad jemputan kahwin, dekat parlimen pulak haha.. tapi memang suspen pun kan, envelope putih tu hehee.. “

Ramai yang mengharapkan agar Bella dan YB Saddiq cepat disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Seperti mana yang YB Saddiq katakan, masanya akan tiba. Kalau ada jodoh tak ke mana, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk pasangan kesayangan ramai ini. Tahniah Bella kerana dapat menyambung kontrak baru dengan Radio Era.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, TT Azzarinanorani, TT Cinta88805  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak