Artis / Selebriti
” Dia macam Sophia Albarakbah plus Intan Najuwa.. ” – Netizen

Video Majlis Merisik Sufian Suhaimi Dengan Gadis Pilihannya Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Betul Bakal Isteri Sufian Ni, Sama Cantik Sama Padan !!
Meninjau ke akaun Tiktok Hairamikayla, perkongsian sebuah video yang memaparkan majlis merisik Sufian Suhaimi bersama gadis pilihannya telah meraih perhatian ramai. Video tersebut juga telah diulangsiar di akaun Instagram Era.je. Menerusi hashtag, tertera majlis merisik yang ditulis oleh pemilik akaun Tiktok tersebut.
Majlis ini berlangsung dalam satu majlis yang sangat simple dan ringkas. Wanita pilihan Sufian juga tampil ringkas, namun kelihatan begitu anggun dengan persalinan pakaian berwarna krim serta turut memakai selendang di kepalanya.
Turut dipaparkan sesi menyarungkan cincin di jari bakal isteri Sufian oleh ibu Sufian sendiri. Perkongsian video ini turut membuatkan ramai peminat Sufian terkejut dan dalam masa yang sama mereka turut bergembira dengan berita baik ini.
Tidak dinyatakan siapakah nama gerangan wanita pilihan Sufian ini, namun ramai menyatakan wajahnya seiras dengan pelakon popular Intan Najuwa dan juga Sophia Albarakbah. Perkongsian video ini menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Sufian dan pasangan. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Finally happiness for sufian suhaimi n her partner may Allah ease both of you.. tahniah pian dan rania . cantik sgtt.. baby pian da tunanggg.. “
” Yeayyyy tahniah sufian suhaimi dan pasangan. Semoga dipermudahkan urusan ke jinjang pelamin. Amin.. ni bru btui.. simple je tkde pelamin² n keluarga je yg hdir.. niceee btui.. ”
” Tahniah pian…i sokong yg ni sbb much much much beuatiful and sesuai sangat.. dia mcm sophia albarakbah + intan najuwa.. “
” Aku ni susah nk puji org lawa.tp yg ni mmg lawa.. Terkejut .. Mula2 ingatkan intan najuwa.. betul ke… cantik… lagu genggam bahagia Betul2 dpt jodoh ye.. “
” Sepadan.. muka pn dkt hampir sama.. alhamdullah jmp sudah jodoh dgn org yg tepat.. janganla tunang2 lama ….. tahniah Sufian.. “
” Simple but nice..kaum kluarga Pon 2 3 org je..ya Allah comelnye…smga ke jinjang pelamin.. insyaAllah.. Aq ni susah nk ckp cantik kalau org paksa² ckp cantik…tp yg ni jujur…CANTIK. LURVEeeee.. “
” Tahniah Sufian dan pasangan. Simple je Majlis pertunangan. Btw cantik org nya. Alhamdulillah berkat kesabaran.. Off market.. “
Kami di Berita Kopak turut ingin mengucapkan tahniah kepada Sufian Suhaimi dan pasangan. Semoga segala urusan dipermudahkan sehingga ke jinjang pelamin nanti. Mesti ramai peminat yang tak sabar nak tengok Sufian kahwin.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hairamikayla, IG Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Ya Allah nangis saya dengar, sampai macam tu keadaan Amad. Allahu kesiannya Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kenapa aku pun keluar air mata ni. Terkesan dengan pesanan abah Amira.. ” – Komen Netizen