Artis / Selebriti
” Dalam court je ‘gaduh’, luar court okay je.. ” – Komen Netizen
Video peguam Fattah Amin minta izin untuk bergambar bersama Fazura selepas selesai kes di mahkamah raih perhatian ramai. Wah salute lah Fazura, tetap melayan mesra peguam Fattah. Cepat Fazura hulur tangan untuk salam. Tak sangka peminat Fazura rupanya..
Meninjau ke akaun Tiktok Fazurafocus, perkongsian sebuah video yang memaparkan Fazura melayan mesra peguam kepada Fattah Amin untuk bergambar bersamanya telah meraih perhatian ramai. Video ini dirakamkan ketika sesi mahkamah antara Fazura dan Fattah tempoh hari.
Ramai yang memuji tindakan Fazura yang tetap melayan sesiapa sahaja peminatnya walaupun wanita tersebut merupakan peguam kepada bekas suaminya. Sikap Fazura yang sangat merendah diri ini sememangnya membuatkan ramai orang menyukainya.
Sekadar info, Fazura dan Fattah telah pun bercerai pada 7 Oktober yang lalu dan baru-baru ini Fazura telah menfailkan tuntutan hadanah anak terhadap Fattah. Fazura mendapat hak jagaan cahaya mata mereka iaitu Nur Fatima Aisya, manakala Fattah mendapat hak lawatan dan bermalam.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Keadaan di dalam mahkamah tidak semestinya sama ketika di luar mahkamah. Inilah yang ditunjukkan sikap professional antara mereka.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fazurafocus semua org adalah peminat fazura 😁🫢🥰 #orangbaikramaisayang #fazura #fazurafans
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Hahaha. Dlm court je ‘gaduh’ luar court okay je. Terbaik kak mimi.. peminat fazura dulu,kini dan selamanya..very humble..suka senyuman nya.. “
” Pd pendapat sy lah .. sbb sy pn fans fazura.. sbnrnya fazura ni humble orgnya.. tp jgn ad yg menyakiti dia, itu je .. lembut fazura ni…kadg orang lembut..tegas.. “
” Tu bermakna fazura tu baik org nya. cuba kalau fazura tu perangai tak elok, tak ada makna peguam tu nak bergambar dgn dia.. “
” Aku suka Fazura & Fattah Amin. Apa yg berlaku itu antara mereka suami isteri. Senang cite aku adalah fatimah.. sy pun suka kat fazura ni n fattah jugak.. “
” Sy junior fazura smk dato ..fazura mmg humble orgnya.. baik ..murah snyuman.. suka sikap Dan cara fazura..baik sgt org nya.. “
” well peguam da tentu tau ape yg jdi antara diorng dua. so fazura di pihak yg benar. xpernah silap menyebelahi faz. semoga fazura sentiasa kuat .. ”
” fazura ni jumpa depan2 die akan tingalkan brg2 die bila dia shoping2..SB dia akan layan peminat dulu.. Orang baik memang disayangi ramai Semoga Fazura sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.. “
Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Walaupun pasangan ini merupakan pasangan yang nampak serasi dan menjadi kegemaran ramai dahulunya, kini masing-masing sudah membawa haluan yang berbeza. Sama-sama kita mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fazurafocus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

