Artis / Selebriti
” Dah macam sesi suai kenal la, comel je. Dua-dua soft spoken.. ” – Komen Netizen
Video sambungan drama pendek lakonan Hadie Elfardie dan Qadejah Elzahra buat ramai teruja. Alahai dia datang dengan asam pedas pula. Sweet dengar Hadie dan Qadejah berborak. Natural betul, tak macam berlakon..
Sebelum ini Datin Shahida ada berkongsikan beberapa buah video yang memaparkan lakonan Hadie Elfardie dan Qadejah Elzahra. Ianya meraih perhatian warganet dan ramai yang meminta sambungan untuk drama pendek ini. Keserasian antara Hadie dan Qadejah membuatkan lakonan mereka nampak semulajadi.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Sugeh Resort, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan sambungan lakonan mereka berdua. Kelihatan Hadie dan Qadejah sedang duduk bersama dan banyak makanan yang tersedia di hadapan mereka.
Hadie memulakan perbualan dengan memberitahu Qadejah makanan kegemarannya adalah asam pedas dan meminta Qadejah supaya belajar memasak asam pedas. Perbualan mereka diteruskan dan Hadie bertanyakan kepada Qadejah adakah Qadejah pandai memasak.

Memetik komen warganet, perbualan Hadie dan Qadejah kedengaran santai dan sempoi sahaja. Ianya juga tidak ubah seperti sesi perkenalan untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Untuk makluman, Hadie dan Qadejah akan bergandingan di bawah pengarah Jaja untuk drama Antara Dua Darjat.
Jom tonton video di bawah :
@sugehresort Dekat Sugeh Resort Janda Baik anda boleh makan tepi sungai tau
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat dikongsikan :
” Dah macam sesi suai kenal laaa hahaha comel je, tak sabar nak tengok short film korang berdua.. “
” Cess nampak matang, sopan dan manis.. cantik je cess ni.. sejuk mata memandang.. anak orang kaya tapi tetap ada sopan santunnya tu.. Suruh bljar masak fav masakan plak dh, sopan ke Hadiejah ni.. “
” Haha asam pedas pulak, adeh Hadiejah ni.. Kenapa dua dua soft spoken ni hehe.. dua dua menjaga malu.. tak de pun mata bertentang mata.. menjaga betul.. “
” Alololo…. cess nak acik ajar x masak asam pedas tu? Cakap je ape cess nak belajar, acik2 online boleh ajar.. Halah2…. Hadiejah so sweet sour… Tak sabar nak tengok next projek.. “
” Alahhhh dia datang dengan asam pedas pulak dah.. comel dua dua.. natural je nampak macam borak-borak santai je.. “
” Sweet la si Hadie ni. kita yang 40 tahun layan je dua anak sweet ni.. noted hadie favourite makanan asam pedas.. stanby… lpsni khadija belajaq masak asam pedas.. “
” Ok kali ni borak sempoi sempoi santai santai… Xde scene lawak. Suka jugak borak kawan-kawan gini.. So sweet Hadie dan Cess.. “
” Wewaaaahhhhh… pandai Dato Alif Syukri buat business promotion .. steady arr pelaon berdua yang secara dengan bersahaja.. very good .. “
Walaupun in character tetapi Hadie dan Qadejah kelihatan natural dan seperti berborak dalam dunia realiti. Seronok warganet melihat gelagat Hadie dan Qadejah ini. Ramai yang tidak sabar untuk menonton drama pendek Hadie dan Qadejah nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sugeh Resort
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti1 day ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

