Artis / Selebriti
” Dah boleh tahu si Nabil ni lawak ikut siapa. Lain macam ending, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nabil Ahmad bercerita mengenai amalan sedekah buat ramai terhibur. Awal-awal tu dah serius, alih-alih part last terus jadi kelakar. Alamak kelakar juga rupanya mak Nabil ni. Berdekah Radin dengan Pak Azad gelak..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inspirasi.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast Raja Lawak bersama Nabil Ahmad. Podcast ini dihostkan oleh rakan sekonti Nabil iaitu Radin Era dan Pak Azad. Banyak kisah yang dikongsikan oleh Nabil dalam podcast ini.
Radin berkongsi cerita mengenai kebaikan Nabil dan kejadian itu berlaku di hadapan mata Radin sendiri. Kata Radin, pernah suatu hari Nabil menerima satu kiriman surat dan isin surat itu meminta sumbangan daripada Nabil kerana menghadapi masalah kewangan.
Tanpa banyak tanya, Nabil terus sahaja melakukan pindahan dana ke akaun tersebut. Ini mengejutkan Radin kerana Nabil terus berkongsi rezeki tanpa memikir sama ada itu scammer atau tidak. Ketika ditanya perangai siapakah yang diikutnya, jawapannya adalah Nabil menjadikan sikap ibunya sebagai contoh.

Nabil juga berkongsi satu kisah mencuit hati mengenai ibunya. Gara-gara ingin membantu seseorang, ibu Nabil menggadaikan rantai yang pernah dihadiahkan oleh Nabil dan wangnya diberikan kepada orang itu. Ibu Nabil tidak mahu meminta duit daripada Nabil. Namun apa yang mencuit hati adalah akhirnya Nabil pula yang menebus kembali barang emas itu. Kata Nabil, ibunya sangat dramatik dan kelakar orangnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Memang tertunggu-tunggu episod Nabil. Dah boleh tahu si Nabil ni lawak ikut siapa haha.. lain macam ending.. “
” The power of sedekah sangat hebat.. aku pernah lalui.. time tu kau rasa tuhan tu benar2 wujud.. seriously.. rezeki dia murah btol… the power of sedekah.. “
” Perangai Mak Nabil sama dengan Arwah ummi saya. niaga pun mesti bagi lebih. katanya niat niaga kena sedekah juga. Al fatihah untuk Ummi.. “
” Betoll beb. impak org bersedekah ni fuhh lain mcm. bersedekah la sbelum kaya. xkira la dgn manusia org haiwan.. Punya la aku tunggu sampai abis, kelakar mak nabil ni.. “
” Idola.. ak suke tngok nabil nie pnye story life.. even ak kt kg pon bjiran ngn diA, tp ak memilih utk tidak menonjol.. “
” Nabil gerai2. kedai2 kecik. if dia dtg bfast ke lunch ke dinner ke. dia akan bayar untuk semua tanpa announce pun. doa bayar dia blah. tny lah org org n9 khususnya. ini kisah benar.. “
” Respect u nabil.. Igt lg msa syuk tgah susah pon dia bg duit.. maksudnya kt sni aku percaya nabil mmg suka bersedekah tanpa kira siapa.. “
Kisah yang memberi inspirasi kepada semua agar selalu mengamalkan amalan bersedekah. Part cerita ibu Nabil sememangnya menggeletek hati ramai. Alih-alih Nabil juga yang menyelesaikannya. Apa-apa pun, semoga ada kebaikan yang dapat diambil dalam kisah Nabil ini untuk bersama-sama ke arah kebaikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inspirasi.my, Tiktok Inspirasi.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

