Artis / Selebriti
” Comelnya, nyanyi pun sopan sangat Permaisuri kita.. ” – Netizen
Video Permaisuri Agong Tunku Azizah Berkenan Menyampaikan Tiga Buah Lagu, Menghitung Hari, Gurindam Jiwa Dan My Way Raih Perhatian Ramai. Yang Last Tu Memang Wow, Macam Tu Je Permaisuri Tarik Part ‘And Did It Azizahhhhhhh Wayyy’ !!
Sebelum ini tular video Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menunjukkan bakat nyanyiannya. Pada ketika itu, Kimal yang merupakan penyanyi kumpulan Rock Indie Margasatwa telah mempelawa Baginda Permaisuri Agong untuk berduet dengannya.
Meninjau ke akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan satu video terbaru Permaisuri Agong sedang menyanyi. Video yang berdurasi hampir 3 minit ini telah diulangsiar daripada akaun TikTok milik Jaynalist. Permaisuri telah menyampaikan tiga buah lagu, Menghitung Hari, Gurindam Jiwa dan My Way.
Nyanyian oleh Permaisuri Agong ini telah menyemarakkan lagi suasana Majlis Santapan Malam sempena Persidangan Olave Baden-Powell Society (OB-PS) Malaysia 2023 yang diadakan beberapa hari yang lalu. Cantik dan begitu anggun mengenakan busana berwarna turqouise, nyanyian Tuanku Azizah menambat hati ramai.

Perkongsian ini sekali lagi menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka mendengar suara Permaisuri Agong menyanyi. Sehingga kini, video perkongsian ini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan dan rata-rata mereka menyukai nyanyian oleh Raja Permaisuri. Antara komen-komen warganet adalah :
” Comelnya, nyanyi pun sopan sangat Permaisuri kita.. Sekejap je 5 tahun.. YDPA yang terbaik.. Sangat lah mesra rakyat.. Kami syg Permaisuri.. “
” Pandai Permaisuri Agung menyanyi.. Terhibur kami.. Rakyat Pahang tertunggu-tunggu kepulangan Tuanku berdua pulang ke Pahang.. “
” First time aku rasa sed1h bila YDPA & RPA dah tamat tempoh.. Kalau lah sistem beraja kita ni ada 1 Raja je kan best.. “
” Pandai Tuanku menyanyi.. Selalu nampak ceria.. Baru tahu Tunku Muhammad ikut perangai comel ibunya lah, hehe.. “
” Hair support Tengku Permaisuri.. Sedap suara Permaisuri nyanyi.. Tuanku memang the best.. Sporting habis lah dengan rakyat.. “
” Terbaik lah Permaisuri, pandai mengaji, pandai memasak.. Daulat Tuanku.. Semoga sentiasa sihat slalu.. Amin Ya Rabbal Alamin.. “
” The most beutiful Queen at heart admire so much love Tuanku.. The best.. Rasa sebak awal2 dengar Tuanku cakap sedang menanti hari untuk pulang.. “
Alahai sayu mendengar Permaisuri Agong berkata baginda sedang menghitung hari untuk pulang ke negeri Pahang tidak lama lagi. Apa-apa pun semoga Permaisuri Agong terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG hotfm976, TikTok Jaynalist
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


