Artis / Selebriti
” Comelnya ayah excited macam makcik bawang, hehe. Lucu lah UAI ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Ustaz Azhar Idrus Ketika Majlis Perkahwinan Anaknya Buat Ramai Terhibur. Wah Dapat Menantu Lagi UIA. Ayah Yang Terlebih Excited Ni, Duduk Bersila Paling Depan Tu. Comel Betul UAI Ni. Dah Macam Camereman, Hehe !!
Siapa tidak kenal dengan nama penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus. Karacter Ustaz Azhar yang suka menyelitkan jenaka ketika berceramah membuatkan ramai yang suka mengikuti ceramah Ustaz Azhar. Bukan sahaja dari kalangan orang dewasa, malah kanak-kanak juga teruja untuk bertemu dengan Ustaz Azhar.
Sebelum ini, ada tersebar gambar majlis perkahwinan salah seorang anak lelaki Ustaz Azhar. Itu adalah menantu perempuan pertama dalam keluarga Ustaz Azhar. Kali ini, Ustaz Azhar menerima seorang lagi menantu dan ini menambahkan lagi kemeriahan keluarga besar Ustaz Azhar.
Meninjau akaun Instagram Jentik Hati, telah dikongsikan satu video yang diulang siar dari akaun Tikt0k teamblacksheep yang memaparkan gelagat Ustaz Azhar pada majlis perkahwinan seorang lagi anaknya. Melihat kepada suasana, mereka semua berada di dalam sebuah masjid dan sedang berjalan upacara batal air sembahyang.

Apa yang menarik perhatian adalah gaya Ustaz Azhar yang duduk paling hadapan untuk mengambil gambar anak dan menantunya ini. Wah excited betul Ustaz Azhar dapat menantu lagi. Comel betul duduk bersila sambil snap gambar tu.
Jom tonton video di bawah :
Ini pula perkongsian oleh isteri Ustaz Azhar iaitu Ummi Rogayah yang memaparkan gambar mereka sekeluarga ketika majlis perkahwinan anaknya ini.
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet dan sebanyak 11 ribu tanda suka direkodkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Untung ada ayah yang excited anak dia kahwin & beruntung juga ada ayah yang sentiasa ada utk anak nya.. ”
” Wah untungnya jadi menantu ustaz Azhar Idrus.. Comelnya ayah excited macam makcik bawang heheh.. lucu lah uai ni.. ”
” MasyaAllah comelnye ustaz duduk depan. Untung masuk dlm keluarga uai. Semoga dilindungi Allah hingga ke jannah.. ”
” Kemah ustaz pakai pixel.. haha.. uai nii xpenah xcomel ahh… moga Allah lindung berkati rahmati org alim ulamak yg berdakwah. Aminn.. ”
” Uai kan memang minat ambik-ambik gambor ni sebab tu la nak abadikan gambar kawen anakanda cun2 kot hehe.. ”
” Comelnye ayah exited macam makcik bawang. jarang-jarang tau, selalu orang yang duk ambik gambar ayah.. ”
” Comel je uai.. sokmola paling terdepan kalo bab ambik gambo .. dia paling excited boh haha.. duduk depan sekali ingat kameraman hehe.. ”
” Bila ayah jadi photographer.. no more ‘ tepi sikit nak ambik gambar ‘ hahha. Elok je duduk depan sekali tu.. ”
Alahai Ustaz Azhar ni memang ayah yang cukup sporting dan suka mengambil gambar. Seat VVIP merangkap photographer terus dah ni ustaz, hehe. Apa-apa pun, tahniah Ustaz Azhar Idrus sekeluarga dan semoga kedua mempelai berbahagia selalu sehingga ke anak cucu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jentik Hati, Ummi Rogayah, Tiktok teamblacksheep
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

