Artis / Selebriti
” Comelnya alahai alahan Intan ni. Lain macam alahannya tu.. ” – Komen Netizen
Video Intan Najuwa Bercerita Mengenai Alahan Yang Dialaminya Di Awal Kehamilan Raih Perhatian Warganet. Eh Lain Macam Betul Intan Punya Alahan Ni. Untung Lah Suami Memahami !!
Fasa awal kehamilan kebiasaannya wanita akan mengalami perubahan baik dari segi emosi mahu pun kelakuan. Tempoh ini juga pelbagai alahan terpaksa dihadapi antaranya muntah-muntah dan sensitif dengan beberapa benda di sekitarnya.
Begitu juga lah yang dialami oleh pelakon wanita, Intan Najuwa. Menerusi akaun Tiktok Azscarf Exlusive, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Intan semalam yang bercerita mengenai alahannya sepanjang kehamilannya sehingga ke saat ini.
Kata Intan, dia menjadi alahan terhadap 2 benda di dalam rumah iaitu langsir dan pasu. Perasaan tidak suka melihat langsir rumah dan pasu membuatkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman mengikuti semua kemahuan Intan. Langsir dicabut dan pasu pula disimpan di tempat lain agar tidak dilihat oleh Intan.

Tambah Intan lagi, sebelum mengetahui dirinya hamil, deria baunya sangat sensitif dengan bau tahi kuda. 4 bulan sudah Intan tidak turun ke padang kuda dan dia juga merasai rindu terhadap kuda putih pemberian suaminya itu. Sedang bercerita pun Intan menahan loya kerana terbayangkan bau najis kuda.
Jom tonton video di bawah :
@aienshuhada1998 korang alahan macam mana cuba komen bawah #intannajuwa #viral #trendingnewsmalaysia #trendingnewsmalaysia #trendingnewsmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #johorbahru #fypシ゚viral
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ye bila pregnant mmg kite jd tak suke benda yg selama ni kite suke sgt2. Mcm sy sblom pregnant , sup dgn tomyam tulaa fav.. mase tgh pregnant mmg anti betol dgn bau sup and tomyam tu.. ”
” Selalu pembawakkan pregnant nie.. apa yg kita suka sgt sebelum kahwin/pregnant itulah yg kita tak suka time preggy.. ”
” Bila dh pregnant ni baru tahu mcm ni rupa nya alahan.. tak larat weh.. lain macam betul alahan intan ni.. tapi comel.. ”
” Sebelum announce bnyk dia duk rumah je masak2, pelik jgk hehe dh announce okay padan la. nasib datin xalahan xboleh masuk dapur, kalau tak xboleh la kita tgk pinggan mangkuk baru datin.. ”
” Comej je Datin, nasih tak buang suami haha.. tahniah, muka berseri-seri.. lain orang lain pembawaan dia, tidak di buat-buat.. ”
” Lain macam alahan Intan Najwa ni. untung lah ada suami yang memahami macam tu. kesian langsir dengan pasu tu kan.. tak pasal-pasal jadi mangsa keadaan.. ”
” Comelnya lahai alahan Intan ni.. Benda ni mmg real & betul.. hahaha org tak alami dia akan ckp pelik dan ngade2.. ”
Lain orang lain pembawakan budaknya. Ada yang hanya beberapa bulan sahaja mengalami alahan dan ada juga yang selepas bersalin baru lah hilang alahan yang dialami olehnya. Apa-apa pun, semoga Intan dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh kehamilan ini dan selamat melahirkan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aienshuhada1998, IG Intan Najuwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

