Artis / Selebriti
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen

Video temubual YB Syed Saddiq dalam podcast Kita Kita Aje bersama Datuk Aznil Hj Nawawi curi perhatian warganet. Wah bijak betul Paknil ‘pancing’ YB Saddiq. Sampai tergagap-gagap YB Saddiq menjawab soalan hala tuju BASS. Terjawab juga akhirnya..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Datuk Aznil Hj Nawawi, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan podcast Kita Kita Aje bersama tetamu istimewa, YB Syed Saddiq. Podcast ini dirakamkan beberapa minggu yang lalu dan baru sahaja disiarkan semalam.
Banyak isu dan soalan yang dibicarakan oleh Paknil dan YB Saddiq dan salah satunya yang tidak terkecuali adalah soalan mengenai YB Saddiq dan Bella Astillah. Kata warganet, Paknil mewakili semua peminat BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq) yang ingin tahu perancangan YB Saddiq untuk ke fasa seterusnya.
Soalan Paknil cukup ringkas tetapi maksudnya sampai kepada YB Saddiq. Kata Paknil, YB Saddiq seorang yang bertanggungjawab dan sudah kelihatan boleh memikul tanggungjawab terhadap bakal pasangannya dan keluarga. Mendengar ayat Paknil itu sahaja, YB Saddiq sudah tersenyum malu.
Demi untuk tidak menghampakan Paknil, YB Saddiq cuba yang terbaik menjawab soalan Paknil itu. Komen warganet, walaupun YB Saddiq bijak berbahas tetapi apabila berhadapan dengan Paknil, tergagap-gagap juga YB Saddiq hendak berkata-kata. Namun yang pasti, jawapan yang diberikan oleh YB Saddiq ada manisnya untuk peminat BASS.
Jom tonton video di bawah :
@datukaznilnawawi Dalam masa terdekat ini ya guys!!! Nantikan Eps 2 : Podcast #KitaKitaAje bersama YB @Syed Saddiq Sila follow TT kami sekarang @Kita Kita Aje! Podcast
@datukaznilnawawi Kalau follower Podcast #KitaKitaAje cecah 10K subscribers, Paknil akan release temubual dgn YB @Syed Saddiq ini!!! Jom guys subscribe podcast @Kita Kita Aje! Podcast di YouTube SEKARANG
@lucynani00 semoga dipermudahkan urusan YB. Pak nil pun menyakat! #BASS #fyp #syedsaddiq #bellaastillah #masukberandafyp #wedding
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sehebat mana SS berdebat dlm parlimen,bila kena part #BASS mmg gagap punyalah haha.. paknil klw bg soalan best.. susunan ayat n ada gurauan sgt berlapik.. “
” Pak nil punya. soalan mmg padu….. hahaha … direct tp berlapik… penat YB cuba kalih tp akhirnya tetap ke situ.. Dengan paknil terus ketar2 suara yb.. “
” YB kena ingat ye… kalau dgn pak nil mmg payah ye nk pusing². Dengan Pak nil mmg payah laa nk lari hehe.. pandai paknil pancing, umpan mengena pulak tu haha.. “
” Paknil memang sangat pandai IV.. pancing terus paknil.. hampir terbocor cakap tu YB,, Pak Nil memang betul … YBSS perlu penuhi harapan jutaan ahli BASS.. “
” Patut lah, lepas pulang dari sini, yb live ngan bella dan cakap ” jaga hati u ” karena perancangan tu dh ada, cuma belum masa nya saje.. “
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas. Kdg kesian yb. Tpi kesian lagi kt kitorg yg berharap ni , hahahahaha.. “
” Suka statement Pak Nil memang deep. Pak Nil bkn soal tp statement paknil penyebab YB kena terima & jwb. Sbb ianya fakta. Tq Pak Nil4 mewakili kami semua rakyat Malaysia.. YB Kalah ngan Pak Nil.. Kedua2nya bijak… Product dr UM & UIA.. “
Paknil memang bijak berbicara dan setiap soalan yang diutarakan tidak berbelit, namun masih berlapik. Hampir pasti jawapan YB Saddiq mengenai hubungannya dengan Bella dan sekarang hanya takdir yang akan menentukan jodoh mereka berdua. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk YB Saddiq dan Bella.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Datuk Aznil Nawawi, Tiktok lucynani00
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Saya berjaya menghubungi, berbual dan whatsapp dengan tuan punya komen tu.. ” – Mona Din
-
Viral8 hours ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tone suara Abbas sama dengan Bilal. Slang cakap English pun lebih kurang, best dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral9 hours ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Viral1 day ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli
-
Viral2 days ago
” Mak, kan ada dua orang yang nda (tidak) puas hati dengan Ara ni. Yang namanya Kak C tu.. ” – Zara Qairina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” ‘Saya macam haiwan, hidu hidu pergi ke saluran bau’. Berdekah aku Amayan oii, haha.. ” – Komen Netizen