Artis / Selebriti
” Cantiknya tempat birthday yang disediakan oleh Fattah buat Amira.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin memberikan kejutan sempena hari lahir Amira Othman curi perhatian ramai. Wah sweet betul Abang Long ni. Cantik dekorasinya, kek pun wow sangat. Happy birthday Amira..
Amira Othman kini bahagia bersama suami syurganya, Fattah Amin. Hari ini, tanggal 26 Oktober merupakan hari ulangtahun kelahiran Amira yang ke 32 tahun. Berbeza dengan tahun lalu, hari lahir Amira tahun ini lebih bermakna dan meninggalkan banyak memori indah untuk Amira.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram famesevents, telah dikongsikan satu video yang memaparkan satu kejutan hari lahir yang disediakan oleh Fattah untuk Amira. Fattah menggunakan khidmat Fames Events untuk menyempurnakan majlis ini.
Fattah sememangnya seorang yang penyayang dan suka memberikan kejutan. Selain dekorasi bunga-bungaan yang indah, kek hari lahir Amira juga menarik dan turut bertemakan bunga-bungaan. Tertera pada kek tersebut ucapan Happy Birthday Isteri Syurga.

Melihat suasana majlis ini membuatkan peminat turut tumpang bahagia. Untung Amira kerana Fattah sangat menyayangi isteri syurganya ini. Untuk info, hari ini bakal berlangsung majlis resepsi majlis perkahwinan Fattah dan Amira untuk sebelah pengantin lelaki pula.
Jom tonton video di bawah :
@byleeyana Nak spam banyakk video birthday kak long 🫰🏻
@byleeyana Kak Mighaaa birthday 🥰🥰
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Both deserve each other.. love till jannah.. Sanah Helwah Nadia Amira.. semoga sentiasa dlm lindungan dan rahmat Allah SWT .. love u.. “
” Happy Birthday Amira Othman semoga diberi rezeki yg luas di samping menjadi isteri solehah fattahamin kekal bahagia hingga Jannah.. “
” Happy birthday Mira. akak doakan Mira n suami hidup rukun damai bahagia.. murah rezeki.. sihat .. pnjg usia.. dan segala yg baik2 utk Mira.. di dunia dan akhirat. x lupa juga semoga cpt2 timang cahaya mata.. amiin.. “
” Umur baru 32 tahun, muda lagi tapi tutur katanya sungguh matang.. Selamat ulang tahun buat Amira… semoga sihat² selalu…dan semoga bahagia bersama fatah dan semoga cpt cahaya mata… aamiin… cantik nya tmpt birthday yg disediakan oleh fattah buat mira.. “
” Happy birthday Amira Othman.. Alhamdulilah tahun ni dpt hadiah suami..syukur .. smoga jodoh kekal gn Fattah Aamiin smpai syurga . happy for all.. “
” Selamat hari lahir Amira yang baik dan cantik. Semoga sentiasa di bawah redha Allah, dimewahkan rezekimu, dipanjangkan usia dalam beribadah, didekatkan dgn kebaikan, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan dikurmiakan syurga tanpa hisab. Aamiin Allahumma Aamiin.. “
” Barakallahu fii umrik, Amira Othman amiraothmanofficial.. semoga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah, dilimpahkan rezeki, dikelilingi orang baik, serta bahagia dunia akhirat. Aamiin Ya Mujib.. “
Alhamdulillah tahun ini sambutan hari lahir yang bermakna untuk Amira kerana adanya sang suami di sisi. Selamat ulangtahun kelahiran Amira daripada kami di Berita Kopak dan semoga segala impian dan doa Amira dimakbulkan Allah serta berbahagia hendaknya hingga ke akhir hayat bersama suami tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Famesevens, Tiktok byleeyana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

