Connect with us

Artis / Selebriti

” Bilal, sekalipun abah terpaksa jadi ‘Ms Rachel’ untuk Bilal nyanyi yang baik, abah sanggup.. ” – PU Riz

PU Riz buat video khas sempena ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Bilal yang ke 4 tahun raih pujian ramai. Sweetnya ucapan abah Bilal ni. Part lagu Rain Rain Barakah tu comel sangat PU Riz menyanyi.. 

Hari ini tanggal 29 Januari 2026 genap lah usia anak sulung pasangan, PU Riz dan Neelofa iaitu Muhammad Bilal yang ke 4 tahun. Pejam celik, pejam celik Bilal membesar dengan sihat dan cukup sempurna. Tarikh istimewa Bilal ini sentiasa dalam ingatan PU Riz.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Haris Ismail, telah dikongsikan satu video dan bingkisan khas PU Riz untuk Bilal. PU Riz menzahirkan rasa syukurnya ke hadrat Allah SWT kerana mengurniakannya anak seperti Bilal yang berjaya mengubah pandangan cintanya sebagai seorang ayah.

Hati seorang ayah, segalanya ingin dilakukan untuk membahagiakan si anak. Kata PU Riz, jika dulu dia memasuki kedai pakaian memikirkan pakaian sendiri, namun semuanya berubah setelah adanya Bilal. Perkata utama yang terlintas di dalam fikiran adalah baju atau barangan untuk anak.

PU Riz juga turut merakamkan satu lagu yang diinspirasikan dari lagu popular kanak-kanak berjudul Rain Rain Go Away dan ditukar tajuknya kepada Rain Rain Barakah. Memandangkan Bilal sangat suka mendengar lagu-lagu sebegini, ini adalah hadiah daripada PU Riz untuk Bilal.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Sanah helwah my bilal .. masho yaya love u .. semoga dalam rahmat allah sentiasa.. Hahah comel Betul. Hujan tu Rahmat. Saya suka hujan. Terima kasih lagu baru.. “

” Nice video music.. selalu jgk nyanyikan untuk anak rain rain go away but in the same time terfikir hujan itu rahmat Allah.. kenapa kena sebut go away kan walaupun sekadar lagu fun2 untuk anak.. “

” From rain rain go away to rain rain barakah. happy birthday bilal comel semoga menjadi anak soleh.. “

” Kalau model lagu ni Bilal lg cute Kan haha, gurau2 je, happy birthday Bilal, sentiase sihat selalu San sentiase dlm rahmat Allah Amin yrb.. “

” Waaaah sedapnya lagi. Sanah helwah ya Bilal. Ebab2… Semoga Membesar Menjadi Anak Soleh.. Menjaga Abah Umi Nanti.. “

” Sanah helwah Bilal.. Moga sentiasa jadi anak soleh, penyejuk mata ibu ayah dan semuanya.. rain rain barakah, best dengar.. “

” Heheheeh the next Ms Rachel Malaysia, Mr Haris. Please buat more video.. Happy birthday Bilal sayang. Aunty doakan Bilal sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, sentiasa dlm lindungan & rahmat Allah SWT.Aamiin ya Rabb.. “

Ucapan yang indah untuk anakanda Bilal tersayang. Nyanyian PU Riz juga sedap didengar dan ianya dapat memberi banyak manfaat serta kebaikan untuk kanak-kanak lain yang sebaya Bilal juga. Selamat ulangtahun kelahiran buat Bilal dan semoga Bilal menjadi anak yang soleh.

Tonton video penuh di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hrisbismail, Channel Youtube PU Riz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak