Artis / Selebriti
” Bila tak sempat ikut resepi, tapi sempat ikut menari je.. ” – Abby Abadi
Video Abby Abadi menari tarian Khairul Aming yang tular baru-baru ini buat ramai terhibur. Wah, Abby pun dah terjebak sama, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Abby Abadi, perkongsian sebuah video yang memaparkan Abby menari gaya tarian Khairul Aming yang tular semula baru-baru ini telah membuatkan ramai terhibur. Dari memasak sehingga menari pun menjadi ikutan ramai.
Sejak video tarian Khairul Aming kembali tular, ramai netizen yang mula cuba mengikut gerak tari tersebut. Namun tanpa disangka, Abby juga turut terjebak dengan tarian ini. Nampaknya selepas ini makin ramai ‘pelajar’ kelas tarian versi Khairul Aming.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Abby Abadi begitu sporting dan bersahaja mengikut setiap langkah tarian dengan penuh semangat. Gerakannya kelihatan kemas dan selari dengan video asal, siap dengan ekspresi wajah yang mencuit hati.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat aksi Abby yang tidak kekok menari. Ada yang berseloroh mengatakan Abby sudah boleh buka kelas tarian sendiri, malah ada juga yang memuji semangatnya yang sentiasa ‘up-to-date’ dengan trend semasa.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai komen yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Masuk kelas jugak ke adeh! Ni mesti terpilih nanti bila persembahan akhir tahun kat sekolah sbb cantik dan lincah. Cikgu KA panggil la nanti hahaa.. “
” Abg mdnoh tgk nie dodosentoso smua da terlibat … Dengan khairulaming …. abbyabadi_112 Pon terikut skali.. khairulaming tgk anak murid cikgu ni.. “
” Ni persembahan majlis penutup nnt k.. Ok tu..kira lulus dah.. Amboi amboii ewahhh. bagus positif camni, terjebak kak Abby.. “
” Cikgu khairulaming tengokkk niii.. Ambuyat dkt rest Pondok aufa, Aminah Arif kawasan Jerudong. adeh, jadilah,, haha.. “
” Alaa kak abby dah terrer menari, elite kot..nak tgk yg masak gak , kira warm up lh ya.. yg ni bukak masa weekend jerr.. “
” Kak abby pun ikut trend, haha.. bestlah berniaga di brunei. all the best.. kak abby memang dah pandai menari pun dlm elite.. “
Trend datang dan pergi, namun momen-momen ringan seperti inilah yang menceriakan suasana media sosial. Apa pun, memang terbaiklah Abby, pasti selepas ni makin ramai yang berani cuba. Makin meriah pula media sosial dengan tarian versi Khairul Aming.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice

