Artis / Selebriti
” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
Video anak perempuan Datin Shahida, Raudhah Arshiyah sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris di rumah curi perhatian warganet. Fuh fasih betul Raudhah speaking. Best dengar slang Raudhah cakap English..
Siapa yang tidak kenal dengan keluarga usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida. Pasangan ini dikurniakan dengan 6 orang cahayamata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El-Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al-Qardawi, Raudhah Arshiyah dan Luqman.
Datin Shahida dan Dato’ Aliff sangat menitik beratkan pendidikan terhadap anak-anak mereka. Pasangan ini tidak kisah berhabis demi anak-anak mendapat ilmu kerana itu adalah tiket untuk masa depan yang cerah untuk anak-anak apabila mereka besar nanti.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Yusoff Alqardawi dan Tiktok Yusofflarisofficial, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Raudhah sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris bersama guru khasnya di rumah. Menerusi posting ini juga turut memberitahu kelas ini berjalan setiap hari selepas Raudhah pulang dari sekolah.

Melihat gaya Raudhah belajar bersama gurunya itu menarik perhatian warganet. Raudhah kelihatan ceria dan seronok belajar. Pada usia Raudhah ini selalunya anak cepat bosan, namun Raudhah tetap bersemangat meneruskan pelajarannya bersama guru tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bijaknya Raudhah ni, beautiful Raudhah.. cantik sungguh lah Raudhah, macam anak orang Turki.. “
” Masya Allah tabarakallah comel dan bijak Raudhah.. raudah cantik sebijik mcm mama.. so clever.. syok dengar Raudhah speaking.. ada slang macam Cess jugak.. “
” Masha Allah perfect.. cantik, cerdik, comel itu lah Raudhah.. good job raudhah.. comel je dia bercakap.. “
” Masya Allah geram sungguh tengok budak comel ni.. Muka raudhah sebiji yusoff.. She looked very happy learning with her teacher.. “
Ramai yang memuji slang Raudhah bertutur dalam bahasa Inggeris yang sedap didengar. Tidak hairanlah Raudhah fasih berbahasa Inggeris setiap kali Raudhah muncul dalam video kakaknya, Qadejah. Qadejah juga sangat hebat berbahasa Inggeris dan menjadi idola adik-adik.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Dari kecil sudah dibiasakan berbahasa Inggeris dan hasilnya Raudhah ada keyakinan yang tinggi untuk bercakap dalam bahasa asing ini. Semoga Raudhah selalu terang hatinya dalam menimba ilmu dan menjadi kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusoff Alqardawi, tiktok Yusofflarisofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sweet sangat lagu Que untuk Faz ni. Lirik dia mendalam guys.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Diganggu wanita misteri sebelum waktu berbuka.. ” – Fedtri Yahaya

