Artis / Selebriti
” Bestnya tengok, walaupun dah berpisah masih baik. Salute lah pada Chef Riz dan Shikin.. ” – Komen Netizen

Video Shikin Maembong Outing Bersama Chef Riz Dan Anak Mereka, Arianna Natasha Raih Perhatian Ramai. Cat Farish Dan Isteri Chef Riz Pun Ada Sekali. Seronok Arianna Dapat Keluar Dengan Mama, Papa, Daddy Dan Mummy Dia. Sempat Lagi ‘Pau’ Beli Mainan Yer, Hehe !!
Kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong pernah bergelar isteri kepada anak Chef Wan, Chef Riz. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Arianna Natasha. Kini, Shikin dan Chef Riz bahagia bersama pasangan masing-masing.
Meninjau entry di akaun Tiktok Shikin Maembong, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shikin bersama Cat Farish membawa Arianna bertemu Chef Riz di restoran tempat Chef Riz bekerja. Untuk makluman, Arianna baru sahaja discharge dari hospital dan Chef Riz tidak berkesempatan melawat Arianna kerana dia juga tidak sihat.
Pertemuan ini digunakan dengan sebaik-baiknya oleh mereka. Selepas makan, Arianna meminta untuk ke kedai barangan mainan. Arianna sememangnya akrab dengan Cat Farish dan juga isteri Chef Riz yang dipanggil Mummy Liz. Tidak kekok bersama, mereka sama-sama melayani permintaan Arianna untuk membeli mainan.
Cat Farish juga kelihatan selesa dan mesra bersama Chef Riz. Sebelum berpisah, Chef Riz dan Cat Farish berpelukan dan bersalaman. Kemesraan antara Shikin, Cat Farish, Chef Riz serta Mummy Liz meraih perhatian dan mendapat pujian daripada warganet.
Jom tonton video di bawah :
@shikin_maembong Oleh kerana papa @Riz Redz @ CHEFRIZ tak sempat datang melawat @AriannaNatasyaoffical kat hospital sebab dia pun demam .. so daddy @Cat Farish bawa kami pegi restoran atok @Cafe Chef Wan kat KL East Mall.. Tq papa & atok belanja kami makan kat sini 🥰 sedappp, semua portion makanan besar & berbaloi2.. mami liz sempat datang after work join pegi beli mainan.. Arianna siap pau papa Toy R us 😂 bertabah la papa & daddy ye.. #catfarishfamily #chefwanfamily #farishikin #chefrizfamily #chefwancafe #kleastmall
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bestnya tengok walaupun dah berpisah masih baik. Alhamdullilah moga anak tu membesar dlm environment yg sgt positif n gembira.. ”
” Masya Allah hubungan msih baik krna ank,muka bapak dia,tp ade mix2 mat salleh blah maknya jugak,Allah.. Suka tgk msih mesra ngan bapak dia.. Smoga kekal mcmtu.. ”
” Alhamdullilah.. Semua gembira.. MasyaAllah.. teladan yg sgt baik.. Bagusnyaaa berbaik utk anak . Kucing Farish pun berfikiran terbuka. semoga bahagia selalu.. ”
” Alhamdulillah. seronok tengok pasangan yg dah berpisah tapi berbaik baik. profesional semua.. Isteri Chef Riz Pun Penyayang.. ”
” Sejuk tengok macam ni. Anak tak akan pernah rasa kekurangan kasih sayang.. untung ariana ada papa dan daddy.. ada mummy lagi.. ”
” Ala anak papa, muka papa sebijik…. bagusnya semua yg baik-baik.. Sebak Pulai Tengok.. teruskan kedamaian ini manusia baik-baik.. ”
” Suka tengok keluarga ni.. salute lah pada chef riz dan shikin. cat farish dan isteri chef riz pun sporting dan memahami. Semua sama-sama sayang pada Ariana.. ”
Aman damai sahaja perhubungan antara Chef Riz dan Shikin ini. Contoh terbaik kepada pasangan yang turut mengalami perpisahan seperti mereka. Sekali pun tiada sebarang ikatan lagi, tetap berhubungan baik demi anak. Semoga Ariana sentiasa gembira dengan kasih sayang daripada papa, daddy, mama dan mummy.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shikin Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah