Artis / Selebriti
” Bestnya jadi Arianna, ada dua mak dan dua ayah.. ” – Komen Netizen

Video sambutan ulangtahun kelahiran anak Shikin Maembong, Arianna raih perhatian ramai. Wah, daddy Arianna, Chef Ridz pun ada sekali. Cantik sungguh puteri mereka..
Meninjau ke akaun Instagram Shikin Maembong, perkongsian sebuah video ketika sambutan hari lahir anak perempuannya iaitu Arianna Natasha telah meraih perhatian ramai. Tahun ini genap usia Arianna 10 tahun dan membesar menjadi seorang anak yang cukup cantik.
Arianna merupakan anak Shikin bersama bekas suaminya iaitu Chef Ridz yang merupakan anak kepada Chef Wan. Walaupun sudah berpisah dan masing-masing sudah mempunyai pasangan yang baru, hubungan mereka kekal baik demi anak tersayang.
Chef Ridz dan isterinya turut serta bersama Arianna menyambut ulangtahun kelahirannya itu. Kini Arianna mempunyai dua orang bapa dan juga dua orang ibu. Arianna juga dilihat mesra bersama pasangan ibu bapa kandungnya.
Di ruangan kapsyen posting ini, Shikin telah menulis ucapan hari lahir yang cukup panjang buat Arianna. Tidak lupa juga ucapan daripada bapa tiri Arianna iaitu Cat Farish yang cukup sempoi serta kelakar. Terpancar kebahagiaan di wajah Arianna.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Arianna. Antara komen-komen yang diberikan :
” Happy Birthday cute girl Arianna.. bestlah ayana dpt 2 papa 2 mama.. U guys are awesome … Happy bday to the luckiest girl! U are blessed.. “
” So cute, happy birthday girl.. HB adik Arianna .. hidup penuh dengan kasih Sayang.. Anak2 paling bahagia. Ada dua mak dua ayah.. tahniah uolls.. “
” Happy birthday anak yg cantik & beautiful family.. Wahh bestnya jadi arianna. Semua bertolak ansur n bersatu hati.. “
” Happy birthday to you Arianna. she so sweet.. Baagusnya vibes gini . No need gaduh² rebut2 pinggan .. eh eh ehhh.. “
” Co-parenting at its best! Happy birthday Arianna.. Lawa anak shikin, comel.. seronok tgk silaturrahim mcm ni..tumpang happy.. “
” Happy birthday lucky girl.. princess Arianna Semoga menjadi anak yg solehah.. Love u alls utk bhgiakan ank. . Kekal bahagia kalian swmua.. “
” Proud sgt gan relationship korang.. kt mgkin xboleh jadi suamiisteri yg terbaik tapi Kr BOLEH jadi ibuayah yg terbaik untuk anak2.. Happy birthday Arianna.. moga korg semua bahagia dunia akhirat.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 10 tahun buat Arianna. Semoga menjadi anak yang baik, taat kepada ibu bapa dan berjaya dalam kehidupan yang mendatang sama ada di dunia atau di akhirat. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shikin Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen