Artis / Selebriti
” Best dengar Nubhan cakap Cina, macam pakcik-pakcik Chinese ajak menyembang. Fluent betul.. ” – Komen Netizen
Video Nubhan bercakap dalam bahasa Cina dengan beberapa orang wanita berbangsa Cina raih pujian ramai. Wah fasih betul Nubhan cakap Mandarin, syok dengar. Seronok betul diorang bersembang, pasal nama pun jadi lawak..
Dari pentas realiti Akademi Fantasia, nama Nubhan Ahmad mula dikenali ramai. Anak muda ini mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam karier seninya. Namun kini, Nubhan lebih selesa menjadi usahawan produk berasaskan makanan yang menggunakan nama ibunya, Mak Jenny sebagai nama brand produk.
Meninjau entry di akaun Tiktok Nubhan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nubhan sedang duduk di meja sambil melayani 2 orang wanita berbangsa Cina. Dapat dilihat di atas meja dihidangkan beberapa jenis makanan keluarga Mak Jenny sebagai tester.
Apa yang membuatkan warganet teruja menonton video itu adalah kefasihan Nubhan berbahasa cina. Gaya dan lenggok bercakapnya itu seperti melihat seorang uncle berbangsa Cina sedang berborak di kedai kopi. Beberapa kali juga tertawa 2 wanita itu dengan perbualan Nubhan yang mencuit hati mereka.

Perbualan antara mereka berkisar mengenai nama Nubhan yang mana apabila disebut dalam bahasa Cina akan menjadi Nuhan. Sukar juga untuk Nubhan menerangkan namanya itu. Wanita itu juga turut meminta business card Nubhan tetapi sayangnya business card Nubhan sudah habis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nubhan86 Tak sia2 mak jenny hantar aku sekolah cina🤣🤣🤣 ko paham x tu? Ntah den pun x paham 🤣🤣🤣 #fypシ #fyp #omakjennyinsarawak #nubhan
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebuh 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Gaduh pasal ejaan nama ke ape tu. hahahahhaa. nuhan vs nubhan. Nama malay nubhan, nama cina nuhan.. “
” Best la dgr nubhan cakap mandarin macam pakcik-pakcik chinese ajak menyembang, fluent betul. Yg aku tak paham knpe aku dgr sampai abiss nihhh haha.. “
” Tengok jelah sampai habis walaupun tak faham borak apa haha.. ternganga-nganga, tersengih-sengih walaupun sepatah.. kelakar rasa.. “
” Dia gelak kita pun ikut gelak jela haha.. Macam Ceddy Nubhan cakap cina.. dah macam adik beradik tengok berborak.. best dengar.. “
” Ter sa sul tu paling win haha. aku ingat tu bahasa cina betul dh tadi. Walaupun tak faham, aku gelak jugak haha.. “
” Kalau pakai baju pagoda mesti org ingat kau pure cina lo.. walaupun tak paham, saya tonton sampai habis.. “
” Sedap pulak dengar Nubhan cakap cina. slang nubhan campur nogori ni.. suka nya tengok content macam ni. mengundang nak be better like that. lagi bertutur.. “
” Bagus lah Nubhan ni, fasih cakap Cina, aku xpaham. tp knp aku ketawa sma² part diorg ketawa??. hahahaha.. “
Fasih betul sungguh bercakap dalam bahasa cina, terhibur warganet mendengarnya walaupun sepatah pun tidak difahami. Bijak Mak Jenny menghantar Nubhan ke sekolah cina dahulu, ada hasilnya sekarang. Boleh juga Nubhan mempraktikkan apa yang dipelajarinya itu untuk mengembangkan perniagaan Mak Jenny.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nubhan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

