Artis / Selebriti
” Baru nak touching, baca ayat last tu tergelak kita, haha.. ” – Komen Netizen
Kongsi video kesungguhan Qadejah El Zahra buat perniagaan cookies, perkongsian Dato’ Aliff Syukri buat ramai terhibur. Ayat last kapsyen tu berdekah dibuatnya. Harap-harap Qadejah baca dan tak lupa lah yer Dato’, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik usahawan terkenal Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan anak perempuannya, Qadejah El Zahra sedang sibuk berniaga biskut hasil air tangannya sendiri di hadapan Wisma Dherbs.
Menariknya, Qadejah atau lebih mesra disapa Cess dilihat begitu fokus melayan pelanggan sambil ditemani bapanya yang setia berada di sisi. Menerusi video tersebut, jelas kelihatan kesungguhan Cess dalam menguruskan perniagaan kecilnya walaupun usianya baru mencecah 16 tahun.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Dato’ Aliff meluahkan rasa kagum terhadap usaha anak perempuannya itu. Menurutnya, meskipun telah dinasihati dan dihalang kerana masih bersekolah, Cess tetap berkeras mahu berniaga atas kehendaknya sendiri. Malah, segala biskut yang dijual juga disediakan oleh Cess tanpa meminta bantuan sesiapa pun.

Namun begitu, kapsyen tersebut turut diselitkan dengan nada berseloroh apabila Dato’ Aliff mengingatkan agar Cess tidak lupa untuk membayar semula duit modal yang telah diberikannya. Perkara itu secara tidak langsung mencuit hati warganet yang membacanya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan apa yang ditulis oleh Dato’ Aliff tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Baru nak touching, baca ayat last tu tergelak kita, haha.. Ingatkan pasal modal yer Dato’ yer, hahaha kelakar la .. “
” Dato siapa yang taip kan caption? Selalu caption dato banyak typo, hahaha jangan marah dato kami gurau jaaaa.. “
” Dato pls bukak coffee house sambil santai layan dessert ces, fuhhhh insha Allah didikan ibu bapa yg hebat lahir anak yg hebat .. “
” Bagus prinsip tu. Duit modal pulang balik. Ya. Didikan yang bagus. Duit yang bukan dari poket sendiri walaupun dari ahli keluarga sendiri, tetap perlu dibiasakan untuk sentiasa dipulangkan.. “
” MasyaAllah.. So proud of you ces! husbd akak ckp ingtkn da abiz sekolah. Sgt rajin. Moga kalau ade anak perempuan kenan la rajin mcm ces ni. amin.. YRA.. “
” Ayat baris terakhir tu mmg win, dalam luah rasa bangga tak lupa juga ingatkan duit modal tu, hahaha.. Terbaik lah dato.. “
” Cess ni pakej ya mashaAllah. Bijak, cantik, rajin, pandai baking. Allahumma Barik.. Alhamdulillah.. Sukses terus insyallah.. “
Walaupun apa yang ditulis oleh Dato’ Aliff itu mencuit hati, ia secara tidak langsung memberi inspirasi kepada ramai terutamanya golongan muda untuk berani mencuba dalam dunia perniagaan. Siapa sangka, bermula dengan biskut buatan sendiri, Cess memperlihatkan semangat yang tinggi dan tidak mustahil suatu hari nanti bakal mengikut jejak langkah bapanya untuk berjaya dalam bidang perniagaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

