Artis / Selebriti
” Baju dia tengok simple je tapi nak hasilkannya rumit. Perfect sampai rasa nak menangis tengok.. ” – Komen Netizen
Perkongsian video pembuatan baju gaun pengantin diraja, YM Tengku Natasya Puteri oleh Hian Tjen raih perhatian warganet. Wah masa buat lakaran pun dah teliti macam tu. Belum lagi part tenunan, memang detail sangat. Patut lah hasilnya pun cantik dan meletop..
Istiadat Perkahwinan Diraja antara YAM Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan telah pun berakhir, namun masih lagi menjadi perbualan rakyat jelata. Ketampanan dan kecantikan pengantin diraja membuatkan ramai yang tidak jemu melihat mereka.
Selain pengantin, pastinya busana yang digayakan oleh Tengku Natasya yang menarik perhatian semua. Baik dari majlis akad nikah, majlis berinai dan bersanding, semua busana pengantin Tengku Natasya kelihatan cantik dan menarik. Selain khidmat Ivan Gunawan, Tengku Natasya turut memilih hasil tangan Hian Tjen.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hian Tjen, telah dikongsikan proses pembuatan gaun bersanding Tengku Natasya. Bermula dari proses lakaran sehingga siap busana ini disediakan, segalanya ditunjukkan satu persatu secara detail untuk tatapan warganet.

Nampak simple, namun apabila diteliti secara dekat, ianya proses yang rumit untuk menghasilkan baju terbaik untuk pengantin diraja. Tengku Natasya kelihatan berseri-seri dalam busana pengantin rekaan Hian Tjen ini. Tenunan halus yang memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” One word, amazing.. Seriously.. great job.. Couture at her best.. Congratulations and thank you for making our Royal Bride beautiful.. “
” Dari kejauhan pun dah tau tu tenunan Brunei. Bruneian hadir.. amazing dress.. Menangis aku kalau jadi pengantinnya. Masya Allah detaiLnya cantik gila.. “
” Simple tapi elegan.. The most beautiful bride I have ever seen.. Who could top that spectacular gown.. “
” Baju dia tengok simple je tapi nak hasilkannya rumit.. cantik sangat.. Baju ni memang nampak wow dia tu.. “
” Cantiknya kecik je pinggang tuan Puteri ni.. detail betul art work nya.. tahniah, bangsawan sangat, love teruk.. ”
” So stunning.. briliant idea to design.. cantik sangat detailing dia.. perfect sampai rasa nak menangis tengok.. “
” Absolutely love this gown.. so meticulous.. You have created a dream dress and what a dream it is. The details the whole process from design to completion has been such perfect. It’s a dress from a dream or fairy tale.. “
” Masa majlis Nampak macam simple, truly a masterpiece.. little detail yang bukan sikit usahanya.. “
Bukan sedikit usaha yang diperlukan untuk terhasilnya rekaan sehebat ini. Tahniah untuk Hian Tjen kerana tangan ‘magic‘nya merealisasikan impian pengantin. Bak komen warganet seperti fairy tales. Semoga Hian Tjen terus success dan berjaya serta menghasilkan lebih banyak baju-baju yang cantik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hian Tjen, Tiktok Nanaaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

