Artis / Selebriti
” Bagi Uwais kalau nak tengok sama ke tak kena tengok gigi dulu.. ” – Uwais

Video Temubual Bersama Raissuddin Hamzah, Makder, Uwais Dan Adik Miza Raih Perhatian Warganet. Alahai Uwais Cakap Cemburu Odey Rapat Dengan Adik Miza. Part Uwais Kata Masa Jumpa Nak Tengok Gigi Adik Miza Sama Ke Tak Macam Arwah Ibu Dia Tu Sebak Sangat !!
Terbaru, meninjau di akaun Tiktok mStar telah berkongsi video wawancara bersama Adik Miza, Raissuddin, Makder dan Uwais. Menerusi wawancara tersebut, Raissuddin telah berkongsi detik pertemuan pertama kali bertemu Adik Miza. Jelas Raissuddin, dia telah memberitahu kepada Shuib mengenai rancangan mereka untuk bertemu Adik Miza dan pada awalnya Shuib telah mengatakan tidak perlu direkod video Adik Miza.
Namun selepas Raissuddin dan Makder telah berkongsi video tersebut di akaun Instagram, Shuib begitu terkej0t melihat wajah Adik Miza yang begitu seiras seperti arwah Siti Sarah sehingga membuatkan dirinya begitu teruja untuk bertemu Adik Miza. Akui Raisuddin, Adik Miza memiliki sifat manja seperti Uwais. Adik Miza begitu rapat dengan nenek perempuan seperti Uwais rapat dengan dirinya.
Wartawan juga ada bertanya kepada Adik Miza adakah dirinya sudah menjadi cucu angkat Raisuddin dan jawapan diberikan Adik Miza adalah dia kini sudah menjadi cucu angkat Makder. Selain Raissuddin dan Makder, Uwais juga mengakui yang Adik Miza ini memiliki gigi jarang yang sama seperti arw4h ibu tersayangnya.
Tonton video-video di bawah ini :
@mstarmalaysia Part 1 – Terubat rindu! Muka adik Miza ‘sebiji’ arwah Siti Sarah, Raisuddin dedah banyak persamaan #sembangentertainment #sitisarah #shuib #miza #kembarsitisarah
@mstarmalaysia Part 2 -Terubat rindu! Muka adik Miza ‘sebiji’ arwah Siti Sarah, Raisuddin dedah banyak persamaan #sembangentertainment #sitisarah #shuib #miza #kembarsitisarah
@mstarmalaysia Part 3 – Terubat rindu! Muka adik Miza ‘sebiji’ arwah Siti Sarah, Raisuddin dedah banyak persamaan #sembangentertainment #sitisarah #shuib #miza #kembarsitisarah
@mstarmalaysia Part 4- Terubat rindu! Muka adik Miza ‘sebiji’ arwah Siti Sarah, Raisuddin dedah banyak persamaan #sembangentertainment #sitisarah #shuib #miza #kembarsitisarah
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video wawancara ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Weh anak sulung punya view mmg lain dr yg lain.. Tgk gigi.. Comel tengok gaya manja adik ni dengan family makder, dah rapat sangat.. “
” Ayah adik miza ni pun ada iras dengan Pakcik Raisuddin.. Uwais siap cakap cemburu yer, makder rapat dengan adik miza, haha kelakor.. “
” Sebak lah bila dengar Uwais cakap dia nak pergi tengok gigi Adik Miza, pastu sama dengan gigi arw4h ibunya.. Terubat rindu Uwais dekat arw4h ibu.. “
” Bila kata ” menumpang lihat ” tu terus saya rasa sed1h, saya pun teringin sngt nak jmpa org yg sama rupa mcm arwah papa saya untuk ubat rindu.. “
” Mana boleh nk sama 100 percent.. Alhamdulilah dapat jugak mengubat rindu secara fizikal.. tgk mata ayah arwah Siti Sarah hnya Allah ja thu.. “
” Menumpang kasih kerinduan seseorg yg kita syg… Bila kita trlalu syg.. Rindu tu ssh nk hilang siapa yg seiras kita rse sama mcm arwah.. “
” Bila dgr Raisuddin Hamzah ckp kita menumpang lihat pandangannya jd sayu… Rindu rindu tiada penghujung.. Al fatihah buat arwah Siti Sarah.. “
Di akhir video, Adik Miza turut memaklumkan yang Shuib telah memberikan satu sampul dan di dalamnya mempunyai jumlah wang bernilai RM1000. Alahai nampak manja betul Adik Miza dengan Makder sampai Uwais pun boleh cemburu kerana Makder asyik rapat dengan Adik Miza sekarang.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok @mstarmalaysia, IG suciuwais, shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen