Connect with us

Artis / Selebriti

” Awal-awal tinggi harapan aku dekat anak murid. Rupa-rupanya masuk air jugak, haha.. ” – Komen Netizen

Dahlia Rizal kongsi video throwback menyanyi bersama adiknya, Hafizah buat warganet terhibur. Adui ingatkan suara cikgunya sudah paling mengerikan, sekali suara anak murid lagi slay. Berdekah tengok ekspresi muka Hafizah. Lawak lah dua beradik ni..

Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh Dahlia Rizal. Si cantik manis yang memiliki raut wajah jelita ini sering tampil dengan video nyanyiannya yang mencuit hati warganet. Walaupun sebenarnya suara Dahlia oleh dikatakan sedap, tetapi cara Dahlia ‘merosakkan’ lenggok suaranya supaya kedengaran ‘teruk’ di telinga yang mendengarnya membuatkan ramai terhibur.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dshazall, telah dikongsikan satu video throwback Dahlia bersama adiknya yang bernama Hafizah. Cerita Dahlia, Hafizah ini suka menyanyi dan setiap malam mereka akan ada kelas vokal bersama.

Dahlia membantu Hafizah menyanyi supaya Hafizah boleh memenangi pertandingan dengan kakak sulung, Atish. Mendengar suara Dahlia pada awal video sudah cukup mengundang ketawa warganet. Dahlia menunjukkan skill nyanyiannya di hadapan Hafizah dan adiknya ini mengatakan suara Dahlia kedengaran mendatar.

Hafizah juga mengatakan dia mempunyai deep voice dan Dahlia menyuruh Hafizah memperdengarkan nyanyiannya. Sekali Hafizah membuka mulut, rupa-rupanya nyanyiannya lagi slay daripada Dahlia. Kakak dan adik sama-sama masuk air dan kelakar.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 16 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Dua kali lima, lima kali Dahlia haha.. weyyyy ank murid dia lagi slay.. when i see who the teacher is haha..dengan mata terpejam tu, kakak borek adik rintik ke ni.. love dooh both.. “

” Muka dia masa ckp “deep voice” tu tak menahan tu haha.. Satu dahlia dah cukuuppzzzz jangan menambah lagi sorang dahliaa.. “

” Expectation aku silap.. lupa teachernya siapa.. deep voice gitu je. HAHAHAH pijah start je dah terbahak bahak gelak.. muka dia yang tak tahan tu menghayati betul.. “

” Awal-awal tinggi harapan aku dekat anak murid.. rupa-rupanya masuk air jugak.. tak perlu DNA adik beradik dah haha.. ingat adik dia okay jugak rupanya 2×5. kelakar betul.. “

” Ahaha anak murid nya pon sama macam teacher dia. terbahak aku ketawa dengar suara si kecik ni. nervous phone aku dengar suara teacher dengan anak murid haha.. “

” Hmmmmmmm aku ingat dh cukup la ada ko dgn toklip… skali ada student n bakal pewaris teknik nyanyian ko… arghhhhh dunia ni kejam.. “

” Ya Allah haha harap pijahh tak macam kakcik la ekk sekarang.. tang muka yang tak tahan tu, menghayati betul.. “

Terhibur warganet melihat gelagat Dahlia dan adiknya ini. Hafizah memang penuh dengan keyakinan dan menjadi penghibur kepada kakaknya ini. Apa-apa pun, perkongsian ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga ikut terhibur menonton video ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dshazall  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Capybara

Trending

Copyright © Berita Kopak