Connect with us

Artis / Selebriti

” Arghh sedihnya, bertahun kena aniaya. Betapa jahat hati manusia untuk menjatuhkan dia.. ” – Komen Netizen

Setelah 7 tahun berdiam diri, Haneesya Hanee akhirnya tampil menceritakan apa yang berlaku mengenai insiden gelaran Dewi Remaja yang telah ditarik balik beberapa tahun lalu. Rupa-rupanya itu kejadian sebenar. Part masa Haneesya sebut pasal mak tu sebak sangat..

Kisah Haneesya Dewi Remaja 2018/2019 pastinya masih mekar dalam ingatan wargamaya. Haneesya pernah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja, namun gara-gara satu insiden yang tidak diduga, gelaran itu terbatal dan Haneesya diarahkan untuk memulangkan kembali hadiah dan crown yang diterima olehnya.

Untuk makluman warganet yang tidak mengikuti kisah Haneesya, kejadian ini terjadi disebabkan tersebarnya satu video yang memaparkan Haneesya sedang berhibur dan meraikan kemenangannya itu di sebuah kelab malam. Ianya dianggap melanggar peraturan Dewi Remaja sehingga keputusan membatalkan kemenangan Haneesya terjadi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Haneesya, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan Haneesya diundang sebagai tetamu rancangan No Filter bersama Elly Mazlein atau Kak Lina. Soalan panas mengenai kejadian Dewi Remaja itu diajukan oleh Kak Lina.

Setelah 7 tahun Haneesya berdiam, akhirnya Haneesya berpeluang untuk membetulkan keadaan dan menceritakan sebenar-benar kejadian yang terjadi. Kata Haneesya, semua yang tersebar itu tidak benar kerana video itu sebelum dia menyertai Dewi Remaja. Lebih memeranjatkan ianya akibat perbuatan khianat daripada orang dalam rancangan Dewi Remaja itu sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” My darling, I don’t usually watch podcasts, but this one had me in tears. I may not know the full story of what you’ve been through before, and I never asked because I know it’s sensitive. But deep down, I’ve always known you’re that sweet, genuine, and strong girl I met long ago.. “

” You bukak mulut je i dah start nangis. You deserve this sayang.. Siannya laa.. betahun br org tahu cerita sbnr, xpe haneesya yg tukang post video tu akan kne kifarah Allah jgk.. “

” Utk yg berkenaan ( u know who you r)Pls stop bullying others.. this is also bully. Semoga kifarah mengetuk pintu rezeki mu juga. For haneesya, u tahu u mampu harunginya, sbb tu Allah uji u.. u berhak dapat semula hak rezeki u. Don’t give up dear.. hugs.. “

” Astaghfirullahal’adzim dik kesian awak. Bertahun kena aniaya. Jgn pernah putus doa dan usaha sb doa org teraniaya tiada hijab. Semoga awak sentiasa tabah & kuat dalam industri ni. love you.. “

” Video lama disebarkan time org menang. Betapa jahat hati manusia utk menjatuhkan dgn sekelip mata. Semoga Haneesya terus maju dan jgn pernah jemu berusaha.. “

” Arghh sedihhnya. Stay strong n stay slay sisturrr. U ada ur true fans support here. dari awal kenal u , we met face to face dkt kuantan.. fuhh terus rasa aura hebat u babe.. mungkin semua nih ada hikmah yg Allah nak tunjuk.. walaupun pahit utk ditelan tp mungkin Allah nak bg ganjaran lebih lagi utk u bukan dari DR je.. huggsss.. “

” Bertahun tggu wartawan interview, bile kepom tanya mmg auto bom apa yg terbuku di hati selamani.. Yus mmg berair ayaq mata tau tgk haneesyahanee nyer episod ni. Sampai la habis tgk. U did very well. InshaAllah akan ada rezeki lepas ni.. “

Sedih melihat Haneesya berlinangan air mata sambil berterus terang menceritakan apa sebenarnya yang terjadi. Siapa yang menganiaya Haneesya pastinya akan menerima kifarahnya kerana hidup ini tidak selalunya kita berada di atas. Semoga Haneesya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan success dalam karier seninya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Haneesya

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Liana by Aliff Syukri
Dancing Optopus

Trending

Copyright © Berita Kopak