Artis / Selebriti
” Alisa menang besar, aku kalah dengan budak tanpa bertanding bhaii.. ” – Komen Netizen
Video Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Berkunjung Ke Rumah Hairul Azreen Raih Perhatian Warganet. Wah LZJ Bagi Hadiah Istimewa Lah Untuk Alisa. Fuh Barang Susah Dapat Ni Alisa, Untung Betul Jadi Alisa !!
Sebelum ini, Hairul Azreen pernah berkongsikan video anak perempuannya, Alisa Aisyah yang begitu teruja apabila dapat bertemu jaguh badminton negara, Lee Zii Jia. Alisa antara peminat cilik Zii Jia dan lebih menariknya, ketika Zii Jia bertanding di sukan Olimpik Paris baru-baru ini, Alisa setia di hadapan televisyen menjerit dan memberikan sokongan kepada Zii Jia.
Menerusi akaun Tiktok Ihyo80 dan Kobeh88, telah dikongsikan video yang memaparkan Zii Jia sekali lagi berkunjung ke rumah Hairul. Keakraban antara keluarga Hairul lebih-lebih lagi Alisa dengan Zii Jia disenangi oleh warganet. Tidak datang dengan tangan kosong, Zii Jia membawakan sesuatu untuk Alisa.
Zii Jia menghadiahkan Alisa raket dan bulu tangkis yang digunakannya ketika perlawanan mendapatkan pingat gangsa di sukan Olimpik Paris. Ketika raket itu diserahkan ke tangan Hairul, Hanis Zalikha spontan menjerit kerana teruja. Barang mahal dan menjadi idaman ramai peminat Zii Jia.

Zii Jia juga meluangkan masa melihat Alisa melukis dirinya dalam versi orang lidi. Betapa minatnya Alisa terhadap Zii Jia. Sekarang bertambah akrab Alisa dan Zii Jia. Seloroh warganet, Zii Jia sudah seperti anak sulung kepada Hairul dan Hanis.
Jom tonton video di bawah :
@ihyo20 huntunggggg lah alisa🙃🙃 …dah korang dh kalah tnpa bertanding#leeziijia #abejia
@kobeh988
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ambik la Alisa, akak dah mengalah ni.. dah dah semua berundur.. alisa menang tanpa bertanding.. ”
” Aku tunggu tau zii jia baling raket menang haritu, tapi tak baling. Rupanya nak bagi Alisaa.. comelnyaaaaaaa.. ”
” Tak payah lah berangan nk bertanding dgn alisa.. dia sebut nk jumpa LZJ ja.. member dah terpacak depan rumah.. ”
” Nak bincang dengan alisa pon macam dah tak bolehh.. auto kalah ye.. how to be Alisa, pleasee.. rumah diorang ni dah jadi basecamp zii jia dah HAHAHAH.. ”
” Alisa menang besar, saya cemburu hurm.. bertuah lah jadi Alisa.. Patotla jia selasa dan ceria dgn diaorg. Satu fmly layan dia baik sgt.. ”
” Bronze medal olimpik punya raket. untung nya Alisa.. tgk betol² alisa ada iras² LZJ.. patut dia minat.. ”
” Dapat jumpa LZJ lebih dari sekali.. dapat shuttlecock and rackets dia guna masa bronze medal punya match… aku kalah dengan budak tnpa bertanding bhaii.. ”
Beruntung betul Alisa, orang lain berebut-rebut di lapangan terbang untuk berjumpa Lee Zii Jia tetapi Alisa hanya perlu menunggu kedatangan LZJ di rumah. Sekali dengan pakej mendapat raket dan bulu tangkis Olimpik Paris lagi. Alisa sudah menjadi peminat cilik kesayangan Lee Zii Jia.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ihyo20, Tiktok Kobeh88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen

