Artis / Selebriti
” Aku sedih tengok Janna, faham perasaan dia bila tengok baby orang lain.. ” – Komen Netizen

Video Janna Nick melawat sahabatnya yang baru bersalin di hospital buat ramai tersentuh. Sebak tengok masa Janna meriba baby tu..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Janna Nick, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Janna dan suaminya, Dini Schatzmann melawat sahabat baik Janna sejak kecil yang baru sahaja bersalin. Sebelum mereka ke hospital, mereka singgah membeli beberapa helai baju baby sebagai cenderahati.
Janna begitu seronok dapat berjumpa dengan sahabatnya itu. Lebih teruja apabila Janna dapat memegang baby kecil yang comel itu. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Janna dan Dini sedang dalam usaha untuk mendapatkan zuriat dan pelbagai cara sudah mereka amalkan.
Tulis Janna di ruangan kapsyennya, dia mahu menjadi orang yang lebih positif tahun ini. Janna juga mendoakan agar semua pasangan yang sedang TCC akan memperoleh cahayamata. Tumpang gembira warganet melihat kegembiraan Janna apabila bersama bayi kawannya ini.
Walaupun Janna bergelak ketawa dan bergurau senda, jatuh juga air matanya. Semua tahu Janna terlalu menginginkan anak, namun Allah lebih tahu yang terbaik untuk Janna dan Dini. Ahli keluarga sahabatnya yang ada di situ juga turut memberikan kata-kata semangat untuk Janna dan Dini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Insyaallah dengan izin Allah swt pasti dapat baby this year jannanick.. Aamiin Aamiin Ya Rabb. Makbulkanlah doa nya.. “
” Kuat btl janna nick ni.. Dgn support system yg function.. Sbb tu dia blh positive je terima aturan hidup dgn tenang.. Semoga ad rezeki janna nick n dini dpt bby this year.. Aamiin.. “
” Allahumma Aamiin… Alhamdulillah berkat doa semua pejuang ttc bakal dpt Berita gembira utk ad baby tahun 2025.. “
” Amin, Qabul yaa Rabb.. Semoga tahun ini Janna dn dini dapat cahaya mata .. tak sabar nak tengok muka dini dan Janna versi sachet.. “
” Aku sedih tengok Janna, faham perasaan dia bila tngk bby org lain, doakan aku jgk DPT zuriat yg ke-2, 10thn dah menanti yg ke-2 ni,tapi belum ada rezeki.. “
” MasyaAllah. Moga ada rezeki kalian berdua untuk jadi parents. Percayalah, Allah mendengar doa² kalian berdua. Jangan pernah berhenti berdoa dan usaha.. “
” Rezeki Allah x pernah cepat atau lambat, akan tiba pada masa yg tepat.. Da blh bayangkan dua ketul ni ada baby nnt. 1 Kedai dorg borong sbb brg baby smua comel.. “
Tersentuh hati warganet melihat telatah Janna itu. Insha Allah ramai yang mendoakan agar Janna dan Dini dikurniakan cahayamata pada tahun ini. Semoga Janna teruskan membawa aura positif seperti dan menjalani kehidupan bersama Dini dengan tenang. Yakin lah Allah akan memberikan apa yang Janna pinta pada masa yang tepat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Janna Nick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti4 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahun lepas, setelah abang Fattah ni single kan, kita belum start dah blushing.. ” – Irfan Haris