Artis / Selebriti
” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
Video luahan hati ibu Puteri Balqis, Ashikin buat warganet tersentuh. Beratnya sungguh dugaan hidup yang ibu Aqish hadap dari kecil sampai sekarang. Sedih tengok Ibu Aqish menangis teresak-esak. Pesanan akhir tu paling sebak..
Nama Puteri Balqis hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari yang lalu. Ianya susulan kenyataan Puteri Balqis mengenai kisah lama antaranya dengan seorang pelakon. Puteri Balqis mendedahkan dia dan ibunya pernah diburukkan oleh pelakon ini di hadapan orang ramai suatu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mingbiah, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan live ibu Puteri Balqis, Ashikin. Ramai yang sedia maklum, ibu Puteri Balqis mengalami depresi yang teruk dan menerima rawatan di hospital.
Keadaan yang semakin meruncing sekarang membuatkan hati ibu Puteri Balqis sedih dan kecewa. Luahan hatinya yang mengatakan dia seorang ibu yang gagal melindungi Puteri Balqis membuatkan warganet sebak. Kisah hidup Puteri Balqis sangat tragis dan menyedihkan.

Ibu Puteri Balqis yang bertarung habis-habisan untuk melindungi Puteri Balqis. Orang luar hanya mengetahui kisah mereka yang tertulis di media sosial, namun banyak lagi yang tidak diketahui. Betapa terseksanya kehidupan ibu Puteri Balqis dengan segala yang terjadi dan harapannya hanya inginkan yang terbaik untuk anak tersayang.
Jom tonton video di bawah :
@mingbiah
@mingbiah
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Awak kuat awak.. moga awak TERUS kuat… jadi kekuatan untuk aqish… biar apa org nak kata.. apa org nak buat.. Yang penting Kita tahu apa Kita lalui Dan apa Kita lakukan.. “
” Air mata x kan menipu saat hati penuh dgn kesakitan.. Allah kuat ye akak..kita semua x sempurna tp Allah melihat dlm hati kita.. saya pun seorg ibu.. aqis kuat ya untuk ibu..ibu kuat untuk aqis..
” Sakit sgt bila dikelilingi org2 yg toksik.. satu cara terbaik bangkit n tinggalkan/menjauh terus dari.. Bak kata Umie aida…jgn kacau dorang.. “
” Aku lebih percaya org yg mcm ni drpd org yg tunjuk baik.. mak aqish ni wanita strong.. Allah syg mereka.. saya hanya mampu doa allah akn mudah semua urusan kak dan anak.. “
” Ibu awak sngt kuat aqish.. jaga ibu baik².. in shaa allah pasti ada sinar yg sngt indah buat aqish & ibu.. knp air mate aku tk hnti mngalir”..
” Rasa tk layak sgt nk suruh ibu Aqish kuat sbb sy sendiri pun lemah dgn ujian yg menimpa hidup sy. Tapi sy tetap hrp ibu Aqish kuat. Aqish and ibu dia tk pernah kacau org. Xtau la knp ada jr prg bencikn dorg ni.. “
” Ayat terakhir momi.. Allah deep sgt kuat ya momy demi akish akish jga jaga mami baik2 jga diri.. sarat sgt yg terbuku di hati momy sehingga xterluah dgn kata2.. “

Luahan hati ibu Puteri Balqis yang menyentuh hati warganet. Betapa hebatnya perjuangan seorang ibu untuk melindungi anaknya dari sebarang perkara yang buruk. Sama-sama kita doakan agar ibu Puteri Balqis dapat hidup tenang dan aman damai bersama keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mingbiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen

