Artis / Selebriti
” Aihh jatuh hati dengan suara Amayan ni. Selama ni tertipu dengan suara penyamar Amayan.. ” – Komen Netizen
Dato’ Aliff Syukri kongsi video anak sulungnya, Ammar Ahyan menyanyi lagu Pencinta Wanita raih pujian warganet. Wah tak sangka sedap rupa-rupanya suara Amayan. Tersenyum lebar Papa tengok Amayan menyanyi..
Anak sulung usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan antara yang sering menjadi perhatian warganet. Karakter Ammar yang dikatakan lurus dan skema membuatkan warganet senang melihat anak teruna Dato’ Aliff dan Datin Shahida ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Papa Laris Official, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat Ammar menyanyi secara live di sebuah restoran ketika bersama keluarga menikmati makan malam bersama. Ammar kelihatan sangat berbeza menerusi video ini berbanding sebelum ini.
Ini adalah kerana Ammar menyanyi tanpa paksaan dan Ammar kelihatan gembira serta enjoy menyanyi. Kali ini, lagu Pencinta Wanita menjadi lagu pilihan Ammar. Persembahan oleh Ammar ini diiringi dengan muzik oleh beberapa orang pemuzik di situ.

Ramai di kalangan warganet yang memuji suara Ammar. Komen warganet, Ammar sebenarnya memiliki vokal yang sedap didengar dan sekiranya Ammar memasuki kelas vokal, pasti akan lebih hebat. Dato’ Aliff juga tersenyum lebar melihat nyanyian oleh Ammar itu.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisofficial Dinner with my family. Kalau nak tengok Amayan nyanyi boleh tengok sampai habis 🤭
♬ original sound – Aliff Syukri Kamarzaman – Aliff Syukri Kamarzaman
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Jarang jarang tengok Amayan happy macam tu.. Sedap lah suara ammayan ni, terkejut dengar. ok yang ni ammayan macam tak dipaksa menyanyi.. “
” Dato senyum-senyum tu mesti tengah fikir lagu raya duet dengan Ammayan kan dato.. Nampak gayanya amayan memang boleh menyanyi.. “
” Sedapnya suara sebenar amayan ni.. Dato senyum tu mesti nk proceed terus buat lagu raya duet nga amayan.. klau Dato yg nyanyi mesti ade showmanship siap joget rancak skali. Amayan relax santai² je.. cool guy.. “
” Wow first time tengok amayan senyum lebar gitu.. Syabas PapaMama Laris, Amayan yg introvert dah jadi extravaganza.. “
” Nampak muka dato bangga dengan amayan hehe.. Aku memang pencinta wanita, aihh jatuh hati dengan suara amayan ni.. selama ni aku tertipu dengan suara penyamar amayan.. “
” On terus dato lagu raya kolaberasi dgn ammaryan,kita tunggu.. lagu ni kena dengan jiwa amayan.. abis lah Dato’ sekrg saingan Dato’ anak’ Dato’ sendiri hihu.. “
” Kemain Amayan, makin mantap vokal amayan.. lepas ni kena masuk kelas vokal.. Amayan dah boleh keluarkan single.. amayan please buat lagu raya.. lawan lagu papa hehe.. “

Ramai yang tidak menyangka Ammar boleh menyanyi dengan hati yang gembira seperti ini. Mungkin tahun ini bakal ada lagu duet Ammar bersama Papa Laris selepas melihat senyuman lebar Dato’ Aliff itu. Apa-apa pun, sedap nyanyian Ammar dan semoga Ammar akan selalu gembira seperti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Papalarisofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak, sekarang ni bagi kad ape tu ? Banyak kali repeat YB part last tu.. ” – Komen Netizen

