Artis / Selebriti
” Ada boyfriend ke, oo tak pernah ada boyfriend ye ? ” – Fattah Amin

Video Fattah Amin menyakat dan bagi pickupline kepada Amira Othman ketika live. Amboi Bamtah, sempat lagi nak try Amira, pandai tau buat tanya-tanya pasal boyfriend. Part mengusik tu, sekali Amira balas balik, terkedu terus Bamtah, hehe..
Nama Amira Othman dan Fattah Amin menjadi sebutan ramai wargamaya. Ramai yang bersetuju sekiranya mereka ada hubungan istimewa. Selepas launching MV Amira yang menampilkan Fattah sebagai special appearance, kali ini mereka membuat live bersama pula untuk menjual produk Pak Mat Western.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok nrm1112, telah dikongsikan sedutan video live Fattah, Amira dan Icha semalam. Dari awal sehingga ke akhir live, ada sahaja Fattah mengusik dan menyakat Amira. Amira dengan karakternya yang ayu dan sopan disukai oleh ramai viewers.
Fattah pula kelihatan selesa apabila live bersama Amira dan banyak soalan-soalan Fattah yang membuatkan Amira tersenyum. Bukan selalu dapat melihat Fattah bergurau senda dan memberi pickupline bertalu-talu seperti itu. Warganet yang menonton juga turut blushing bersama melihat Fattah dan Amira.
Amira pernah ada pengalaman membuat hosting untuk program Nasi Lemak Kopi 0 dan tidak kekok bercakap di hadapan kamera. Gandingan live antara Fattah, Amira dan Icha begitu meriah dan menceriakan semua yang menontonnya. Icha pun memainkan peranan yang cukup baik.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@nrm1112 Bersemut abg tah hihi…
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Patut lah awak ada buku” macam tu je dia bagi. Memang sepadan lah dua orang ni, fix.. dalam malu pun menyakat dia tak mudah.. “
” Dua dua pemalu tapi Fattah masih boleh cover lagi. Fattah dalam malu-malu pun, macam macam pickup line dengan punchline dia bagi.. “
” Icha memang main peranan haha.. Fattah malam ni lain macam eh.. kemain dia menyakat Amira.. sepadan ekk.. “
” Part Mira cakap patut awal ada buku tu berdekah aku ketawa haha.. Banyak betul bos tergagap malam tadi hahah.. “
” Sweet nau, fattah cakap poster macam kad kahwin. Siap pickupline bertalu-talu lagi dia bagi Mira.. Kelakar suka tengok dua orang ni.. “
” Sweet macam gula.. Fattah blushing weh.. Dah macam tengok drama blushing blushig ek semua.. “
” Kenapa ulang ulang aku tengok.. kelakar lah dia orang ni.. Boss Fattah pun terkedu nak jawab.. “
Live yang membuatkan ramai viewers tersipu-sipu malu sendiri. Fattah dan Amira ada chemistry mereka dan sesuai untuk bergandingan. Pak Mat Western sudah, selepas ini pasti ramai yang menantikan iklan baju raya Jakel Fattmira pula. Good luck Fattah dan Amira, semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok nrm1112, Tiktok thefa_team, Tiktok Zaty
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen