Artis / Selebriti
” 30/6 birthday Tokwan saya. So doakan Tokwan saya sihat dan panjang umur.. ” – Janna Nick
Gambar Janna Nick Bersama Dengan Tok Wan dan Toknya Ketika Pulang Ke Kampung Bersama Dini Schatzmann Raih Perhatian Peminat. Wah Cantiknya Gambar Kat Kebun Getah Tu. Bak Kata Janna, Ajak Anak Mat Saleh (Dini) Masuk Kebun Getah, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Janna Nick, perkongsian beberapa gambar dan video ketika Janna dan Dini pulang ke kampung telah meraih perhatian ramai. Janna membawa Dini ke kampung Tok dan Tok wannya untuk meraikan hari lahir Tok Wannya.
Ramai peminat memuji sikap Janna membawa Dini ke kampung Tok Wan dan merasai suasana kampung. Dalam perjalanan ke kampung, pasangan ini sempat membeli buah tangan untuk di bawa pulang ke kampung. Janna juga turut membawa Dini pergi ke kebun getah dan mengabadikan gambar kenangan di situ.
Disebabkan rumah Tok Wan Janna jauh di atas bukit, pasangan ini terpaksa meletakkan kereta di bawah dan berjalan kaki ke atas. Wah, nampak mencabar juga hendak menuju ke rumah Tok Wan Janna ye. Perlu stamina yang kuat untuk mendaki bukit pula.

Janna kemudiannya bertemu Tok Wan dan Toknya dan meluangkan masa bersama mereka. Dini juga nampaknya pandai menyesuaikan dirinya dengan suasana di kampung. Bagus sangat Janna tetap membawa Dini melawat sanak saudaranya.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Depa artis masuk kebun getah pon lawa. Bagusnya.. janna. Humble je. Ada artis.. dah terkenal… Asyik back ground hotel mewah je… “
” Couple paling best Bawak jalan² kampung. Terbaiklah Jana.. Mcm menyesal swipe sampai habis Tapi takpelah kak Rozie tumpang gembira je tgk. Bersemut dah phone ni tau.. “
” Bagus jannanick and dinischatzmann ziarah family after marriage .. Semoga bahagia kekal hingga ke jannah.. Pandai ka mat saleh tu makan sireh.. “
” Semoga bahagia till Jannah.. Happy birthday tokwan sihat tubuh badan . Nyesal pulak tgk yg last tu singletersakiti ehh tiberr hahaha.. “
” Alhamdulillah..sihat nampak tok ngan tokwan janna.. Adehhh…tu la orang dah pesan jgn swipe nak swipe jugak.. MENYESAL.. “
” Ada bau2 getah skrap dak jannanick .. sedpnya cempedak goreng tu , nk kene cri jugak ni.. suka lah tengok janna duk kampung. humble but still cantikkkk.. “
” Bagus janna nick walaupun sweet2 tetap ingat atok dan tok wan.. dan adik beradik masyaALLAH terharu makcik tgk.. moga bahagia selalu.. “
Sikap Janna yang merendah diri dan tidak kisah berkongsi keadaan kehidupan di kampung sangat dipuji. Sweet sangat pasangan pengantin baru ini dan didoakan semoga jodoh Janna dan Dini kekal hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Janna Nick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

