Artis / Selebriti
” Wey serius arr, kalau dah Aca cakap macam tu faham faham lah ya. Tak sabar.. ” – Komen Netizen
Video respon pengurus Fattah Amin, Aca apabila ditanya mengenai desas-desus perkahwinan Fattah dan Amira Othman buat ramai teruja. Kalau Aca dah cakap macam tu memang on lah, hehe..
Semalam tular berita mengenai berita bakal berlangsungnya majlis perkahwinan antara duda terhangat di pasaran, Fattah Amin dan Amira Othman. Ianya disiarkan di akaun Instagram Utusan Online dan menjadi perhatian ramai kerana sememangnya ramai yang menantikan hari bahagia pasangan ini.
Tiada sebarang pengumuman rasmi daripada Fattah ataupun Amira sehingga ke saat ini. Pasangan viral ini lebih senang berdiam dan masing-masing sibuk dengan urusan kerja masing-masing. Bagi peminat FattMira, semua menunggu kesahihannya dan ramai yang bertanyakan kepada pengurus Fattah, Aca.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cute08628, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan live Aca. Pelbagai soalan diajukan kepada Aca dan salah satunya meminta pengesahan daripada Aca mengenai berita yang tular mengenai pelamin bahagia Fattah itu.

Aca sudah bertahun-tahun menjaga dan menguruskan karier Fattah. Malah banyak rahsia Fattah boleh dikatakan ada dalam genggaman Aca. Apa sahaja mengenai Fattah, semuanya dalam kepala Aca. Dengan jawapan yang diberikan oleh Aca ini boleh menjadi hint terbesar untuk desas-desus itu.
Jom tonton video di bawah :
@cute08628 kredit live TT Sakirin Shak #doabaikbaik🤲 #fikirbaikbaik #fattahamin #amiraothman #fyp #viral #tiktokviral #trending #fyppppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pandai Kak Long dan Abang Long dan orang terdekat simpan rahsia yaa.. Smpai kami ni bagai nak gila tertanya tanya menunggu nunggu.. tup tup yeayy finally Alhamdulillah.. “
” Semoga Allah temukan jodoh dan permudahkan semua urusan Fattah Amin dan Amira Othman.. Aaminn.. “
” Doa yang baik baik, cakap yang baik baik, fikir yang baik baik.. sentiasa mendoakan yg baik² buat Fattah & Amira… semoga dipermudahkan segala urusan.. “
” Ya Allah mempermudahkanlah segala urussan dan jodoh Fattah Amira. insyaAllah Fattah Amira tak lama dah tu.semoga mereka baik baik aja.. “
” Alhamdulilah , kalau dah aca cakap macam tu faham faham lah yaaa.. x sabar yaaa… Insha Allah tengah buat persediaan tu.. betul kata aca, doa yang baik baik.. “
” Wey serius arr, Aca tidak menidakkan ye guyss.. bau nasi minyak dah ni.. suka tengok cara aca jaga Fattah. memang terbaik.. teman susah senang Fattah.. “
” Amira pergi salon pergi scalling wehhhhh sebelom kawen mmg kena buat camtu smua tau.. hahaha.. kalau betul aku nak menjerit ngadap gunung Himalaya.. “
Jawapan yang cukup simple tetapi maksudnya seakan mengiyakan. Tiada penafian bermakna besar kemungkinan apa yang tular itu benar. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk Fattah dan Amira. Andai jodoh, pasti tidak akan ke mana. Kita tunggu dan lihat apa rahsia Tuhan untuk pasangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Utusan Online, IG Fattah Amin, Tiktok Cute
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan

