Connect with us

Artis / Selebriti

” Siapa Dania, mak bapak dia kerja apa ? Amayan kenal kat mana, dia lawa ke ? ” – DS Aliff Syukri

Video Dato’ Aliff Syukri menyoal siasat tentang kawan perempuan Ammar Ahyan buat netizen terhibur. Adoi Dato’ Aliff, dah macam nak interview mengenai calon menantu, bertubi-tubi tanya. Sempoi betul Ammar jawab. Reaksi wajah Dato’ Seri Aliff pun sesuatu sangat, haha..

Usahawan sensasi tanah air, Dato’ Seri Aliff Syukri, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila secara bersahaja ‘menyoal siasat’ anak sulungnya, Ammar Ahyan mengenai seorang kawan perempuannya bernama Dania semasa bersiaran langsung di TikTok.

Sesi live tersebut bertukar menjadi sesi soal jawab ‘panas’ apabila Dato’ Aliff membaca komen-komen netizen yang bertanya tentang perempuan bernama Dania. Ammar pada mulanya tidak mahu bercerita, namun akhirnya membuka mulut apabila disoal dengan bermacam-macam soalan.

Reaksi Ammar ternyata mengundang gelak tawa warganet kerana wajahnya kekal tenang menjawab soalan bapanya tanpa berselindung. Namun reaksi wajah Dato’ Seri Aliff apabila mendengar respon daripada anaknya itu seperti memikirkan sesuatu.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menerusi respon yang diberikan oleh Ammar mengenai kawan perempuannya itu dapat dilihat mereka berdua sangat sekufu.

Jom tonton video di bawah :

@dherbs_hq

Ammar dah ada girlfriend?? #story #papalaris #ammar

♬ original sound – Dherbs Online – Dherbs Online

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. AntaraΒ  komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

” Kacukan mesti lawa, saya orang wangsa maju, bukit wangsamas tuuuu serious lawa lawa rumah situuuuuuuu.. Papa tak sabar nk terima menantu tu.. “

” Mak bapak dia keje apa soalan pertama. lawa ke tak tu belakang kira.. Typical anak anak bila malas nak bagitau parents nanti confirm lagi banyak soalan mesti jawab, β€œentah la dah tak ingat” “

” Hahahaha airmuka Dato AS sesuatu sangat.. Tak sangka anak ada girlfriend ya Dato.. Bukit wangsamas tenpat orang kaya..tu jer nak cakap.. “

” Hahahaha sibuk tauu bapak2 punya ayt hujung2 mesti tanya “dia lawa idokkk” amboiiii pakk.. Das senyum sya pun tersengih2 jugak haha.. Sama2 kita jadi wartawan Das haha.. “

” Dato boleh buat keja part time jadi wartawan…lulus da gaya ni. Last2 datuk senyum mcm ada idea jahat jer tuDh ade awek gupenye ank aku ni.. Dlm ati papa.. “

” Katakanlah.. Satu Hari abang Mayan Dijodohkan dengan orang Sederhana tidak kaya..Adakah Dato akan Ok menerima? “

” sporting habis..terbaik lah buat anak macam member.. buat anak tak stress..gitteww. dia lawa lah hehehe.. Dtao nak tergelak.. msti dia pikir.. hebat jgk taste anak aku ni.. “

Apa-apa pun, situasi tersebut jelas menunjukkan hubungan erat antara Dato’ Seri Aliff dan anaknya, Ammar. Walaupun sering bergurau dan mengusik secara terbuka, ia mencerminkan kepercayaan dan komunikasi terbuka antara mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Dherbs online

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Glad2Glow Powder Foundation

Trending

Copyright Β© Berita Kopak