Artis / Selebriti
” Lahir dari Planet mana ni. Boleh dibuatnya macam takde gravity je dekat bawah tu.. ” – Netizen

Selepas Aksi Menyelam Dan Naik Rollercoaster, Hairul Azreen Buat Hal Lagi. Kali Ni, Berjalan Dalam Air Pulak, Dari Bawah Ke Atas Secara Menegak Dengan Gaya Paling Santai. Hebat Betul Ex Paskal Ni, Kita Pulak Tolong Ambil Nafas. Salute Lah Hairul !!
Hairul Azreen memang terkenal dengan pelakon yang suka membuat aksi stunt sendiri sebelum ini. Dalam kebanyakan filem aksi Hairul, aksi stunt semuanya dilakukan tanpa menggunakan stuntman kerana Hairul sendiri sudah hebat dalam melakukan aksi sedemikian.
Meninjau entry terbaru Hairul di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Hairul membuat aksi ketika berada di dalam air. Jika sebelum ini, Hairul sudah kongsikan video dirinya menyelam dan menaiki rollercoaster paling laju di dunia, aksi kali ini lebih menarik.
Tulis Hairul di kapsyennya, apabila mendapat coach freedive yang ‘g1la’, banyak lah style under water yang diajarkan kepada Hairul. Menerusi video ini, Hairul berjalan di atas seutas tali yang diikatkan secara menegak dari dalam kolam ke permukaan air.
Aksi santai Hairul berjalan meniti tali itu secara melintang membuatkan ramai yang kagum. Ramai juga lah yang cuak melihat Hairul boleh menahan nafas sepanjang berjalan itu. Wah memang betul-betul Paskal Hairul ni, boleh berjalan dalam air dari bawah ke atas secara menegak. Memang rare sangat.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Hairul ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lahir dari Planet mana ni. Boleh dibuatnya macam takde gravity je dekat bawah tu.. .. “
” Aku siap rotate handphone tau takut hang jatuh haha.. Duyung tu pun ambil nafas, yang awak ni relax jer berjalan.. ”
” Relax betul Hairul ni, memang ada insang ke eh haha.. kita kaki tak sentuh lantai pn rasa macam lem4s dah.. ”
” Mak dia masa pregnant dia dulu makan apa ek. Kalau aku tak dan menyelam dah menggelupur haha.. ”
” The real berjalan dalam air. dye berjalan dlm air mat .. aku pon tak boleh buat hahaha aku yg rasa sesak nafas erk.. ”
” Sekali dengan aku tahan nafas fuh. macam kita pulak yang tak bernafas. Hairul ni memang melampau dah dia ni haha.. ”
” Dia memanjat pulak dalam air.. saya yang tengok saya rasa g1la teror.. awak ni orang ke bang hehe.. padu betul.. ”
” Dia ni betul-betul hati kering. Mak aii dia berjalan dalam air pulak guys.. Sah si Hairul ni memang ada insang.. ”
Bukan calang-calang orang boleh buat aksi seperti Hairul ini. Memang respect lah dengan ex paskal seorang ini. Di udara ke, darat ke malah dalam air pun semua Hairul ‘tapau’. Selepas ini entah apa lagi lah yang Hairul hendak lakukan. The Best Never Rest ye Hairul.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 hours ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen